Dalam satu perkongsian terbaharu yang tular di Facebook, seorang individu bernama Fitri Izani Darwis Izani memuat naik video dan gambar memaparkan foto seorang individu, dua helai kertas bertulisan dakwat merah dan juga botol kaca di pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Kedua-dua botol itu dibalut dengan kain berwarna hitam. "Saya berada di PD (Port Dickson) sekarang... Saya tak tahu kenapa macam ada something yang 'menarik' saya untuk turun ke laut, sedangkan hari tengah hujan dan kilat. "Kemudian saya terjumpa dua benda ni... Salah satunya saya dah buka. Jangan tanya kenapa saya buka sebab saya sendiri tak ada jawapan. Apa patut saya buat? Lagi satu botol saya tak buka pun. "Saya hanya tinggalkan dekat pondok tu," tulisnya menerusi hantaran pada grup Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.
Tidak mengulas lebih terperinci mengenai penemuan tersebut, namun dipercayai lelaki dalam foto berkenaan adalah mangsa perbuatan khurafat. Bagaimanapun, carian yang dibuat oleh warga maya berjaya mengesan profil 'tuan badan' berkenaan lantaran namanya tertera pada gambar yang ditemui oleh individu berkenaan. Malah berdasarkan carian warga maya, lelaki di dalam foto itu bekerja dalam bidang kejuruteraan dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada tahun 2020. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan keadaan terkini lelaki berkenaan memandangkan akaun Facebook beliau sudah tidak aktif. Namun rata-rata warga maya mendoakan agar lelaki berkenaan berada dalam keadaan yang sihat. Sementara itu menerusi ruangan komen, individu yang menemui barang-barang tersebut berkata dia sudah membuka kedua-dua botol atas nasihat serta cadangan ramai. Malah, dia juga memaklumkan sudah dihubungi oleh waris lelaki dalam gambar berkenaan, namun memberitahu dia tidak berani mengulas mengenai situasi 'tuan badan'. "Waris gambar dah hubungi saya. Terima kasih semua atas bantuan. Saya hanya tolong apa yang saya mampu. Minta doa yang baik baik ye. "Saya tak berani tanya lebih-lebih. Waris minta tunggu respons dari family dia dulu," akhirinya. Sumber: mStar
|
kaedahnya replied at 30-7-2023 06:41 AM
betul ke waris yang call tu? ke pelaku nak renew/upgrade sebab botol dah bukak?
ADVERTISEMENT