CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letupan Di Pekan Mundok Gegar Penduduk Rantau Panjang

29-7-2023 09:26 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1514| Komen: 0

Rantau Panjang: Penduduk daripada beberapa kampung di sempadan Malaysia-Thailand, di sini, dikejutkan dengan bunyi letupan dipercayai akibat kedai mercun di pekan Mundok, Thailand meletup dan terbakar jam 4 petang tadi.


Penduduk, Mohd Zamri Adnan, 32, berkata ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur dan segera bangun apabila mendengar letupan yang kuat sehingga menggegarkan kediaman rumahnya.

Katanya, dia bersama jiran lain keluar daripada rumah dan meninjau kawasan tepi sungai memandangkan kediaman mereka hanya berjarak beberapa meter sahaja daripada Sungai Golok yang memisahkan pekan Mundok dan Kampung Jeram Perdah.


"Pada awalnya, kami semua juga memikirkan ia adalah letupan bom sebelum saudara di sebelah sana memaklumkan bahawa terdapat kedai mercun terbakar.

"Malah, kami juga dapat melihat asap tebal selain mendengar beberapa letupan kecil selama beberapa minit. Kami masih belum menerima maklumat sahih tentang berapa ramai yang cedera tetapi melalui video yang tersebar menunjukkan terdapat penduduk yang cedera.


"Terdapat juga penduduk daripada kampung lain yang datang ke tebing sungai kerana mereka juga turut merasa gegaran selain beberapa anggota polis yang meninjau keadaan di sini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Manakala, penduduk, Ismail Muda, 72, berkata kejadian letupan berkenaan sangat kuat menyebabkan dia dan sekeluarga panik dan menyangka ia adalah letupan bom.

"Kami sebenarnya pernah berhadapan dengan situasi ini apabila berlaku kejadian bom meletup di sempadan Thailand, oleh itu kami ingatkan kali ini juga berlaku insiden yang sama.

"Bagaimanapun, saya juga dimaklumkan oleh anak bahawa ia hanya letupan kedai mercun kerana dia mendapat informasi melalui media sosial kerana kejadian ini dikatakan sudah menjadi viral," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi memaklumkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian letupan itu.

Menurutnya, namun pihaknya sudah dimaklumkan bahawa insiden itu berlaku di sebelah Thailand.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.067761 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top