Selepas disahkan bercerai talak satu dengan pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri berangkat menunaikan umrah pada Sabtu. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Shuhada memuat naik beberapa keping foto berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).
Berdasarkan kapsyen yang ditulis, Shuhada, 29, teruja apabila berpeluang ke Tanah Suci Makkah di samping memohon doa orang ramai agar urusannya dipermudahkan Allah SWT. Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut menjelaskan dia sudah tamat tempoh iddah iaitu tiga kali datang bersih kitaran haid. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan agar Shuhada mendapat umrah yang mabrur.
|
ADVERTISEMENT