CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mimi Lana Mohon Jangan Banding Drama Malaysia Dan Korea

29-7-2023 08:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 7482| Komen: 92

Pelakon, Mimi Lana berkongsi pengalamannya sepanjang menjalani penggambaran filem dan drama televisyen.

Menerusi podcast yang dikendalikan oleh Amelia Henderson, Mimi sedang menceritakan perbezaan ketika berlakon filem dan drama TV.



"Berlakon filem ajar saya mengenai kepentingan 'prep' sebelum shooting. Dekat Malaysia, kita tak 'prep' sebab drama TV tak ada masa.

"Kebanyakan orang kita selalu menyalahkan dan complain drama TV kita, 'kenapa macam ni, macam tu' atau 'kenapa tak boleh jadi macam cerita Korea, Hollywood?..." katanya.

Tunang kepada pelakon Syafiq Kyle ini turut mendedahkan sering mendapat skrip disaat akhir ketika menjalani penggambaran drama Perempuan Itu.


"You know what, kita drama dekat Malaysia ni tak ada 'prep'. Kadang-kadang dapat skrip pun last minute.

"Macam drama Perempuan Itu, setiap hari kita dapat skrip pagi-pagi. Kita cuma ada treatment, itu benda yang paling susah sekali nak buat sebenarnya untuk drama.

"Jadi, saya sangat salute dengan orang yang berlakon drama ni bila dia dapat perform sebab dekat filem it is different.

"Bila buat filem, ada prep, technical yang bagus, bila ada props, background and semua yang cantik, of course kita nak berlakon bagus-bagus," katanya.

Pendedahan tersebut menyebabkan ramai yang memuji Mimi Lana yang berjaya membawakan watak Khalish dengan baik.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 29-7-2023 08:43 PM
Biasalah tu kan.. dulu ada org kat, ada sorg pengarah/penerbit tu, hari tu nk shoot scene tu, baru hari tu dia nak pikir skrip.. sebab dia sendiri penulis skrip..
Quote bedahmenjuyah 29-7-2023 08:50 PM
Perawankota replied at 29-7-2023 08:43 PM
Biasalah tu kan.. dulu ada org kat, ada sorg pengarah/penerbit tu, hari tu nk shoot scene tu, baru h ...

Tu drama ke filem?
Quote DeLuna85 29-7-2023 09:44 PM
Nak bandingkan tu mmg tugas penonton
Quote Perawankota 29-7-2023 09:45 PM
bedahmenjuyah replied at 29-7-2023 08:50 PM
Tu drama ke filem?

Drama.. klu filem, lingkup lah klu buat mcmtu
Quote Mamajiyem 29-7-2023 09:46 PM
Mimi ni cantik betul..
Quote sambaldurian 29-7-2023 11:29 PM
Tp drama korea ni kdg2 next week nk tayang, minggu ni baru berlakon. Klu rating tinggi, mulalah nk tmbah episod , scriptwriter kena edit2 lg biar pjg drama dr plan asal. Klu rating rendah kena cut episod pulak. Drama industri Msia ni  siap sempat buat kontroversi sondol menyondol la. Lg bnyk prep kot
Quote markonahlah 30-7-2023 12:00 AM
Mmg jauh ketinggalan drama2 melayu mcm kat akasia kalau nk compare dgn kdrama
Quote putericahaya999 30-7-2023 12:03 AM
Drama a aida berkualiti nanti mimilana blh la brlakon bwh a aida
Quote OshinDaSolja 30-7-2023 12:11 AM
iollz doakan engko dpat hidayah untuk bertudung...muka dh lawa klau bertudung kan lg manis... klau tak suka bawal pkai la shawl, klau tak suka shawl bole pkai tudung instant... tak susah pun...
Quote I.K.A888990 30-7-2023 12:33 AM
nak tak nak mmg akan dibanding2 jgk mimi
dah nama pun peminat kannnn..
btw lawa kamu mimi...so cantikkk
Quote dua_chzy 30-7-2023 12:50 AM
Sungguh level klas blakang, keje produksi drama kita.
Quote dua_chzy 30-7-2023 12:51 AM
I.K.A888990 replied at 29-7-2023 04:33 PM
nak tak nak mmg akan dibanding2 jgk mimi
dah nama pun peminat kannnn..
btw lawa kamu mimi...so canti ...

Iya. Lagi lawa dari Amelia.
Quote dudaberhias 30-7-2023 01:15 AM
mengkritik dan membandingkan tu memang tugas penonton yach kalau tidak hari2 la nak kena hadap hero muka kucing kurap... hero rhoper peti ais... hero penuh sabut nyoq kat TV tu... tu pun hari2 masih nampak muka sama... jadi terpaksa juga kalih ke channel animal planet...

Filem malaysia dulu pun semua taraf2 sampah dan pprt... sejak ramai kritik dan tak sokong serta tak nak tengok lah membuatkan filem kita maju ke depan sikit....

yang drama ni terbalik... drama2 dulu lagi berkualiti dan plot tidak mengarut serta ulang2 macam sekarang... mungkin sebab free dan kalau nak produce pun boleh apply geran... cuba kalau berbayar macam filem... harus yang sampah2 macam vik2ria secret tu terkambuih dulu...

Quote misc 30-7-2023 01:38 AM
Betul lah ckp dia. Mmg takleh compare sebab level lain2. Kalau drama melayu nak dpt bertahan first 10 minit pun payah, kalau drama korea sanggup bersengkang mata 3-4 hari nak habiskan 16 episode.
Quote alieyrina 30-7-2023 01:52 AM
Kalau tak banding selamanya lah korg 1 team syok sendiri buat drama.
x tgk drama malay wlaupun kat tele ada join grup drama malay. Tggu mood dtg.
Lps kdrama lyn cdrama lak. Memang layannnn
Quote miss_perfect 30-7-2023 02:14 AM
Kdrama ni I perasan kalau 16 episod, 2-3 episod memula memang sedap, tapi sampai tengah dah banyak sangat filler tahpape sampai cerita jadi dragging, lepas tu bila dah 2-3 episod nak abis,  sebab nak wrap up terus sumbat macam2 nak bagi conclusion.

Sampai sekarang I tak puas hati dengan kdrama Black. Macam bodoh ending dia.
Quote Diplomat 30-7-2023 10:45 AM
OshinDaSolja replied at 30-7-2023 12:11 AM
iollz doakan engko dpat hidayah untuk bertudung...muka dh lawa klau bertudung kan lg manis... klau t ...

Menutup aurat untuk tidak nampak cantik ya. Tolong ubah ayat uolls selepas ini and bagitau acik acik lain.

Bukannya nak nampak manis, cantik. Defeat the purpose Bahasa Inggerisnya.

Sebab dia lawa makanya kena tutup supaya tidak menjadi tarikan para lelaki.
Quote KBW2 30-7-2023 10:51 AM
OshinDaSolja replied at 30-7-2023 12:11 AM
iollz doakan engko dpat hidayah untuk bertudung...muka dh lawa klau bertudung kan lg manis... klau t ...

seboklah ngko
Quote KBW2 30-7-2023 10:53 AM
miss_perfect replied at 30-7-2023 02:14 AM
Kdrama ni I perasan kalau 16 episod, 2-3 episod memula memang sedap, tapi sampai tengah dah banyak s ...

Ya, pattern ni aku dah perasan gak beberapa drama. Dia punya middle part tu kadang cantik dia punya twist tapi kadang nampak ngengada dan dragging hujung pulak tiba-tiba rushing jah semua.

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.051855 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top