Penyanyi popular, Ernie Zakri tertanya-tanya dengan sikap segelintir pengguna maya yang cenderung menulis komen negatif tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Menerusi ciapan bebenang di Twitter, kata penyanyi itu, pihak yang melemparkan komen hingga menyinggung perasaan orang lain itu bercakap seolah-olah cukup mengenali indidivu berkenaan.
"Ada orang memang penuh energy dia untuk menyakiti hati orang lain kan? Dia macam bila taip tu, dia macam... 'Ha nak type macam ni la. Mesti dia sakit hati'. "Apa dia fikir time dia type tu kan? Dia rasa macam powerful ke? Dia rasa macam hebat sangat sebab dapat tulis gitu ke? "Dia macam, 'haha... padan muka, dia mesti terasa.' Jahat tak macam tu? Jahat kan? Wajar tak kita cakap jahat? "Masalahnya, dia tak tahu apa-apa pasal dia cakap tu. Tapi dia 100 peratus confident dia tau. Dia tak malu ke eh?
"Rasa diri dia gempak dan cool kot. Wondering tentang orang macam ni," ciap penyanyi itu. Bagaimanapun, Ernie menjelaskan ciapannya itu adalah secara 'general' dan bukannya ditujukan khusus kepada mana-mana individu. Segelintir warganet membalas ciapan tersebut menasihati Ernie agar tidak mengendahkan segala kritika negatif yang diterimanya. Sumber: Xtra, Twitter Ernie Zakri |
dudaberhias replied at 29-7-2023 07:18 PM
yang ko pun gigih melayan komen2 acik2 kepam dan netizen2 tu dah kenapa nyahhh...
abaikan je lah na ...
ADVERTISEMENT