CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pihak Atasan Tesco Tiada Hati Perut Berkeras Nak Tangkap Lelaki Curi Roti Untuk Anak

29-7-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3100| Komen: 20

Baru-baru ini, tular video seorang anggota polis menceritakan satu kejadian curi berlaku di sebuah pasaraya Tesco di Pulau Pinang.

Ceritanya, dia menerima laporan daripada pihak pasaraya yang mendakwa seorang lelaki ditahan pengawal keselamatan selepas cuba mencuri.


Sebaik tiba di lokasi, anggota berkenaan mendapati lelaki terbabit mencuri dua bungkus roti Gardenia yang bila dinilaikan, tidak sampai RM10 pun.


FB/Gambar hiasan

Namun, pengawal keselamatan berkeras mahu lelaki itu ditangkap atas arahan pihak atasan.

Akur dengan permintaan pihak pasaraya berkenaan, anggota polis itu membawa pencuri terbabit ke balai.

Dalam perjalanan, dia terkedu dan bergenang air matanya apabila lelaki itu memberitahu terpaksa mencuri demi member anak makan kerana sudah dua hari tidak menjamah nasi.


FB Kemeterian Viral

Timbalan Ketua Balai yang secara kebetulan tiba bersama di balai polis kemudian memarahi pengawal keselamatan berkenaan sebaik mengetahui cerita di sebalik kecurian itu.

Beliau meminta pengawal keselamatan berkenaan memanggil pihak atasannya ke balai.

Tidak lama kemudian, seorang wanita Melayu tiba dan menerima nasib sama dengan pengawal keselamatan itu. Namun, dia tetap berkeras mahu pencuri berkenaan dikenakan tindakan.

Katanya, dia perlu membayar 10 kali ganda dari nilai yang cuba dicurinya. Bagaimanapun, Timbalan Ketua Polis berkenaan segera menyerahkan RM100 kepada wanita itu bagi pihak lelaki terbabit.




Melihat ruang komen, Timbalan Ketua Balai berkenaan menerima pujian dan ucapan terima kasih daripada orang ramai yang terharu dengan jasa bainya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 29-7-2023 04:46 PM
Cerita yg direcycle ulang2 sampai ajm.
Quote Skuau 29-7-2023 04:50 PM
udah chek betul2..citer dia tu..sb sblum ni pon..ada 'kes sama' ada orng tolong bayor..takut/risau  depa amik kesempatan atas 'kebengongan'@SinangKinaTipu orng msia ni.
Quote dua_chzy 29-7-2023 04:51 PM
Sebab tu ada benda boleh settle guna budi bicara.

Budi bicara. Orang keje gomen arif la menda ni. Yang keje swasta macam Tesco memang susah sikit nak faham.
Quote anony-mous 29-7-2023 04:54 PM
Samerosie replied at 29-7-2023 04:46 PM
Cerita yg direcycle ulang2 sampai ajm.

Hahahha ingatkan i je perasan. Tiap2 tahun or 2 tahun sekali cerita mcm ni akn keluar. Beza apa yg dicuri je
Quote dua_chzy 29-7-2023 04:56 PM
Skuau replied at 29-7-2023 08:50 AM
udah chek betul2..citer dia tu..sb sblum ni pon..ada 'kes sama' ada orng tolong bayor..takut/risau   ...

Video tu ada plot twist siked. Lelaki yang ditolong tu ada balik kat balai beberapa bulan lepas tu (bila dah dapat kerja baru) untuk bayar balik duit ex timbalan ketua balai yang tolong dia.
Quote sambaldurian 29-7-2023 05:11 PM
Ntah le skg mana pngil tesco dh , kn lotus . Pastu klu ada mulut , tanya je staff kedai, kn ada 'tempat khas org derma', kt lotus tu ada bakul klu ada insan nk derma. Selalu aku nmpak kedai stesen minyak/lotus. Setakat roti ada je kot.org susah zmn skg x sama zmn dulu, dulu org susah ada maruah, paksa anak g sekolah, paling2 pun mintak beras.zmn skg org susah , xkisah anak x g sekolah, mencuri.
Quote Thunderclouds 29-7-2023 05:48 PM
La ni kt mna² ada mknan free.
Surau.
Stesen minyak.
Kurang² ns lemak secoet tu org letak.
Amik la nk amik.
Kt mesejid sampai la masih ada food bank.
Opkos kt tempat beribadat lain pon ada.
For sure.
Quote ultra78 29-7-2023 05:52 PM
Di Malaysia masih ada Tesco ke wahai editor cari?
Quote putericahaya999 29-7-2023 05:53 PM
Guard  buat kerja.... skrg pi masjid byk gobok rezeki kat situ ambek je lah
Quote Samerosie 29-7-2023 06:00 PM
anony-mous replied at 29-7-2023 04:54 PM
Hahahha ingatkan i je perasan. Tiap2 tahun or 2 tahun sekali cerita mcm ni akn keluar. Beza apa yg ...

Cerita original tahun 2016 yg telah diolah oleh sutradara pelem kollywood :-

Pencuri' Mengaku Hidup Susah Sebelum Ditawar Kerja Di Tesco
Isnin, 04 April 2016 9:36 AM
Oleh: LO TERN CHERN

BUKIT MERTAJAM: Bapa kepada tiga anak, Mohd Pirdaus Azizan, yang ditawarkan pekerjaan dan wang selepas ditangkap mencuri makanan berharga RM27 dari sebuah pasaraya di sini berkata dia terpaksa bertindak seperti itu selepas melihat anak lelakinya yang berusia empat tahun menangis kelaparan.

Kisah lelaki berusia 31 tahun ini menjadi perhatian apabila lebih daripada 10 agensi berita antarabangsa turut membuat laporan mengenainya.

Mengimbas kembali apa yang telah berlaku, dia berkata pada petang tanggal 9 Mac, dia dan anak-anaknya sedang berada di rumah dan seorang anaknya mula menangis kerana kelaparan.

"Kami berjalan-jalan dan lalu di pasaraya Tesco Alma. Oleh kerana saya tak cukup duit dan tidak mahu mengemis atau membebankan orang lain, saya hanya berjalan masuk ke dalam dan memasukkan beberapa makanan ke dalam beg saya.

"Apabila saya ditangkap oleh pengawal dan disoal siasat oleh pengurus kedai, saya mengaku kesalahan saya dan menunjukkan laporan perubatan isteri saya yang saya bawa bersama di dalam beg setiap hari.

"Pengurus itu telah menghubungi polis tetapi selepas memeriksa latar belakang saya, dia membatalkan laporan polis itu, sebaliknya menawarkan saya pekerjaan di pasaraya besar itu.

"Dia juga memberikan saya wang tunai," kata Mohd Pirdaus dalam satu temu bual di sini sejak berlakunya kejadian itu.

Katanya, anak perempuannya yang berusia tujuh tahun masih belum ke sekolah dan pasangan itu mempunyai dua lagi anak lelaki berusia empat dan dua tahun.

"Sebelum ini kehidupan kami berjalan dengan baik. Walau bagaimanapun, semasa bekerja di kem PLKN, kerajaan mengumumkan penangguhan program dan saya telah hilang pekerjaan.

"Saya mendapat kerja sebagai tukang kimpal di sebuah kilang keluli dan dibayar RM30 sehari, tetapi pendapatan saya tidak stabil.
Quote otai_g 29-7-2023 06:14 PM
Kisah benar ke content ke ni? Mamu ni x Dak gaya polis pun
Quote Samerosie 29-7-2023 06:18 PM
Edited by Samerosie at 29-7-2023 06:24 PM
otai_g replied at 29-7-2023 06:14 PM
Kisah benar ke content ke ni? Mamu ni x Dak gaya polis pun


Content ler citer ni dah lama masa tu mamu pun baru lepas sunat lagi gamaknya.  Citer start jadi viral dr kes yg iols paste kat bawah tu pastu lama2 jadi mcm game broken telephone hujung2 inspector sap dapat nama.
Quote Tinot7 29-7-2023 06:22 PM
Betui ka dia ni keje polis?
Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 06:36 PM
bukan tesco dah tukar jenama ke?
Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 06:46 PM
tesco dh balik jepun. harap siapa sebarkan berita lama di hukum cabut bulu hidung guna gam uhu
Quote Samerosie 29-7-2023 07:00 PM
CiliPadiSedap replied at 29-7-2023 06:46 PM
tesco dh balik jepun. harap siapa sebarkan berita lama di hukum cabut bulu hidung guna gam uhu

Tesco britosh la chuols.
Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 07:01 PM

ok, sorry, tq reminder

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.068494 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top