CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kilang Ais Perlu Mohon Lesen Daripada KKM

29-7-2023 04:06 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1261| Komen: 0

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan terdapat sebanyak 198 kilang ais berlesen daripada KKM di seluruh negara setakat 30 Jun lalu.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Norrani Eksan, menegaskan semua kilang ais yang beroperasi atau menyediakan ais bagi tujuan perniagaan perlu mendapatkan lesen KKM berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 394A (4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.


Gambar hiasan

"Dalam syarat dan proses mendapatkan lesen, pemeriksaan ke atas kilang akan dijalankan dan pensampelan air serta ais diambil bagi memastikan sumber air digunakan dan ais dihasilkan adalah selamat.

"Kilang ais juga wajib menjalankan pemantauan sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun. Tindakan penggantungan lesen boleh diambil sekiranya pihak kilang gagal menjalankan pemantauan sendiri," katanya dalam kenyataan.


Beliau berkata, KKM juga mengenalpasti mana-mana pengilang ais yang tidak berlesen dan akan mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya didapati beroperasi tanpa lesen atau tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan.

"Pemilik kilang ais yang beroperasi tanpa lesen daripada KKM boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

"Sebanyak 155 pemeriksaan kilang ais telah dijalankan dan 17 kilang ais sudah diambil tindakan penguatkuasaan termasuk sembilan kilang ais tidak berlesen pada tahun 2022," katanya.

Katanya, sebanyak 18 pemeriksaan kilang ais telah dijalankan dan empat kilang ais sudah diambil tindakan penguatkuasaan termasuk satu yang didapati tidak berlesen bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

"Sebanyak 993 sampel ais bagi tujuan pemantauan telah diambil dan sebanyak 80 sampel atau lapan peratus didapati melanggar sepanjang 2022 hingga Jun 2023.

"Pengguna dinasihatkan untuk membeli ais daripada kilang yang telah dilesenkan. Maklumat kilang ais yang telah dilesenkan boleh diakses melalui laman sesawang BKKM http://fsq.moh.gov.my," katanya.

Mereka mempunyai maklumat kilang ais yang beroperasi dalam keadaan kotor, diminta membuat laporan beserta maklumat terperinci termasuk lokasi dan nama kilang berkenaan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.052655 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top