"First baby and it is a boy!" Pelakon Remy Ishak teruja membuat pengumuman mengenai jantina anaknya yang baru dilahirkan isteri tercinta, Ezza Yusof pada 27 Julai lalu. Menerusi perkongsian di Instagram, aktor filem Harum Malam itu memuat naik beberapa foto bersama isteri dan anak sulungnya itu, tetapi masih belum mendedahkan namanya. Remy turut mengambil kesempatan meluahkan rasa syukur atas kehadiran cahaya matanya itu dalam kehidupan dia dan isteri. Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan tahniah dan menumpang gembira untuk kelahiran anak pertama Remy dan Ezza. Sumber: Xtra
|
ADVERTISEMENT