CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suri Rumah Kempunan Jadi Calon, SPR Tolak Borang Pencalonan

29-7-2023 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1470| Komen: 5

Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menolak borang pencalonan bagi calon bebas membuat suri rumah kempunan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama.


Tan Lay Tho, 63, hadir menyerahkan borang pencalonannya kira-kira pukul 9.33 pagi, namun permohonannya itu ditolak berikutan alamat pencadang yang juga merupakan suaminya di DUN Bunut Payung.


Lay Tho (kanan) menyerahkan borang pencalonannya kepada pihak SPR di Pusat Penamaan Calon di Dewan Jubli Perak, Kota Bharu hari ini. -Foto ROSALWANI CHE SOH

Suri rumah itu turut membawa penyokong iaitu bapa saudaranya, Wee Choon Seng, 85, yang merupakan pengundi DUN Kota Lama.

Pengawai Pengurus DUN Kota Lama, Izzuddin Ab. Rashid berkata, pihaknya menerima lima borang pencalonan bagi DUN Kota Lama pada pukul 11.45 pagi.


“Lima calon itu ialah Izat Bukhary Ismail Bukhary yang merupakan calon bebas, Dr. Hafidzah Mustakim (Pakatan Harapan), Zamri Ismail (Pas), Tan Boon Kian atau Andy Tan (Parti Rakyat Malaysia) dan Tan Lay Tho (bebas).

“Selepas melakukan semakan, SPR mendapati hanya kertas pencalonan milik Lay Tho ditolak. Penolakan itu menyaksikan hanya empat calon sahaja yang disahkan bertanding di DUN Kota Lama,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 31-7-2023 07:56 AM
umur dah banyak mcm tu pun gigih lg eh
Quote otai_g 31-7-2023 08:00 AM
cik-jaja replied at 31-7-2023 07:56 AM
umur dah banyak mcm tu pun gigih lg eh

Biar la dia. Nant da hilang deposit br la dia insaf.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.036450 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top