CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Bukan Hari-Hari Saya Memondan' - Fizz Fairuz Sebak 9 Tahun Pasang Niat Buat Filem Mat Tudung Begins

29-7-2023 02:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2737| Komen: 18

Belum pun ditayangkan di pawagam, filem Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz terus menerus menerima kecaman dari pelbagai pihak terutama agamawan.

Menjawab kritikan mengenai penampilan pelakon lelaki menyerupai perempuan dalam filem itu, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 43, menjelaskan apa yang dipaparkan pada poster filem berkenaan bukanlah menceritakan 100 peratus tentang lelaki yang menyerupai wanita.



mStar

Sebaliknya ia mengisahkan tentang penyamaran beberapa watak dan bukannya mengenai isu lelaki lembut.

"Saya bukan hari-hari pakai tudung. Bukan hari-hari memondan... Kalau penonton menonton filem ini nanti, tak sampai 10 babak pun saya menyamar jadi wanita.

"Cerita ini hanya berkisarkan tentang penyamaran... kalau nak ikutkan inilah hakikat selalunya perempuan jual apa sahaja barang pasti laku, itu jalan cerita di sebaliknya.


"Terima kasih kerana viralkan poster saya. Saya dalam industri ini sudah lebih 20 tahun... macam mana pun kita kena lalui juga," katanya kepada mStar ketika ditemui pada tayangan perdana filem Mat Tudung Begins yang diadakan di TGV 1 Utama, Damansara, Selangor pada malam Jumaat.

Sebelum ini, poster filem berkenaan menerima kritikan kerana memaparkan imej lelaki menyerupai wanita dan turut menarik perhatian pendakwah bebas.



Dalam pada itu, Fizz juga memberitahu dia sudah merujuk kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan lebih peka memandangkan pernah menjayakan filem Mat Tudung sebelum ini pada tahun 2014.

Malah, Fizz memberitahu watak ‘wanita’ yang dimainkannya dan Achey tidaklah terlalu berat berbanding filem terdahulu kerana kali ini mereka tidak mengenakan mekap tebal atau memakai bulu mata palsu.

"Kalau ikutkan, filem Mat Tudung dulu kami lebih berhias seperti memakai bulu mata dan bermekap.

"Tapi untuk filem kali ini, saya cakap dengan Achey kita tak perlu mekap, hanya pakai tudung... kalau boleh hanya pakai lipstik dan bedak sahaja.

"Saya tahu syarat-syarat LPF dan sebelum saya buat filem ini pun saya dah berjumpa dengan orang-orang yang sepatutnya.

"Niat saya membuat filem ini adalah sebagai satu cerita penyamaran... bukanlah saya memondan hari-hari," ujarnya.

Semasa sidang media filem berkenaan, Fizz dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu sebak merenung perjuangan selama sembulan tahun untuk menghasilkan filem ini.

"Saya sebak sebabnya saya simpan niat untuk membuat filem ini selama 9 tahun. Sepanjang tempoh itulah saya menghadapi kesusahan untuk mencari duit.

"Saya bukannya orang kaya... kalau pun saya ada nama (dikenali) dan sudah menang beberapa anugerah... bukan mudah untuk mendapat kepercayaan orang (penerbit).

"Saya teruja akhirnya ada individu yang sudi melabur dan memberi kepercayaan kepada saya untuk mengarahkan filem buat kali pertama," jelasnya.

Bercakap mengenai sasaran kutipan filem Mat Tudung Begins, Fizz berharap ia mencapai kutipan sebanyak RM10 juta.

Kata Fizz, tidak salah mereka meletakkan angka sasaran itu dan sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan.



"Saya akan mensasarkan kutipan filem ini RM10 juta dan ke atas. Itu angan-angan dan impian saya.

"Jika tidak mencapai sasaran tak mengapa. Saya sudah banyak kali kecewa contohnya saya berlakon drama Nur Kasih... orang lain menang tiap-tiap tahun tapi saya tidak menang.

"Saya sudah kecewa sampailah 2011 giliran saya pula menang menerusi drama itu. Momen kecewa itu pasti ada, tipulah kalau saya cakap tidak ada.

"Saya kena terima apa sahaja kemungkinan yang berlaku dan saya juga percaya setiap kejayaan perlu ada prosesnya," katanya.

Selain Fizz, Mat Tudung Begins dibintangi barisan pelakon popular termasuk Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan Mimi Peri.

Filem tersebut akan mula ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos ini.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 29-7-2023 02:45 PM
Xpe.
Pasni buat porn, yang ade jalan cerita mcm filem2 indie Filipina.
Nnt leh cakap, porn tu sbahagian dr movie je.
Bukan sepanjang masa.
X camtu?
Quote Russ34 29-7-2023 02:55 PM
So yesterday sgat buat cerita laki pakai bju perempuan. Kalau penyamaran sklipun mcm filem whitechick tu letak je la sblh² muka msih ori jantan. Jd x lah org fkir seluruh filem tu memondan.. yg design poster pun mcm low budget sgat.. mcm budak sekolah buat presentation guna powerpoint. Org Malaysia ni dh naik muak dgn tema cerita laki curang, caras mencaras laki org, memondan, rempit, bohsia etc. Pengarah kna ikut trend & perubahan zaman lah.. jgn main buat je filem syok sendiri. Last² x balik modal..huhu
Quote Russ34 29-7-2023 02:59 PM
Bukan x support filem tempatan. Tapi sesekali tu pengarah kena tgok juga negara lain. Bukan bermaksdu remake movie negara lain yer.. tengok pada kualiti karya dorang terutama negara seberang. Mcm filem bersejarah dorg.pelakon mmg all out smpai belajar bahasa Belanda sbb nk lakonkan watak tokoh kemerdekaan tu. Impak filem dorg tu besar thdp penonton itu yg kita nak.
Quote dua_chzy 29-7-2023 03:22 PM
Biar la.

Kalau Holiwud ada White Chicks (which has become a timeless classic. ), kita hada Mat Tudung.
Quote dudaberhias 29-7-2023 03:29 PM
Filem untuk perabihkan geran finas jugak ke ni?

Of kosss iols takkan tengok dah la dedua pelakon utama tak herlok... muka yindu majapahit kuat...

Quote bedahmenjuyah 29-7-2023 03:31 PM
Filem yg first pun tah hapa2 tak memorable dah kenapa ada yg 2nd? Mengabihkan beras jah
Quote xtinkerbellx 29-7-2023 04:11 PM
Kalo 2003 hot la kot cite gini , tapi skrg dah 2023, org layan cite yg berkualiti je
Quote Rogue98 29-7-2023 04:26 PM
Dah 2023 dah oiiii....dah melalui zaman COVID...kematian beramai2...sakit berpanjangan....pkp duk rumah berbulan...ni ke idea kau dapat....melingkup lah industri seni kita.
Quote anony-mous 29-7-2023 04:46 PM
bedahmenjuyah replied at 29-7-2023 03:31 PM
Filem yg first pun tah hapa2 tak memorable dah kenapa ada yg 2nd? Mengabihkan beras jah

Knape i baca ramai ckp best yg no 1? Btw kemain heols sentap tggu lama nk menang drama Nur Kasih

Cuba heols ckp mcm ni, kalau capai sasaran rm10j, dia akn sponsor almy bypass surgery bg kurus. Confirm ramai akn pegi tgk
Quote noor2 29-7-2023 04:51 PM
Dia ni ada lesung pipit...manis
Quote bedahmenjuyah 29-7-2023 08:41 PM
anony-mous replied at 29-7-2023 04:46 PM
Knape i baca ramai ckp best yg no 1? Btw kemain heols sentap tggu lama nk menang drama Nur Kasih ; ...

Iols pun tgk kat tv sambil kemas rumah  bukan fokus pun jd confiem la tak best kan
Quote bedahmenjuyah 29-7-2023 08:42 PM
Drama nur kasih tu bamwemy hero kan. Harus la depa calonkan hero bukan 2nd lead.
Quote Belibis 29-7-2023 08:43 PM
Cerita sampah sarap ..target 10j..kalau up sikit dari cerita badul pun dah kira bertuah.
Quote msdummy.2018 29-7-2023 09:36 PM
Jadinya white chick tuh citer smpah lah kan?
Quote prince_marhaen 31-7-2023 03:35 PM
sebab ada achey bingit..so meols tak kuasa nak support... rimassssss hahahaha
Quote myakayina 31-7-2023 03:43 PM
hrp2 balik modal lah..
Quote pembacagosip 31-7-2023 03:44 PM
wayang kena beli tiket
guna duit
so x tgk la, i akan tgk cerita yg ok2 je
sorry
i nak tunggu cerita malbatt je
Quote supernaturalee 31-7-2023 05:03 PM
"Fizz, Mat Tudung Begins dibintangi barisan pelakon popular termasuk Achey, Isyariana, Maryam Durian Kimchi, Kazar Saisi, Fazlina Ahmad Daud dan Mimi Peri."


sesungguhnya popular itu juga subjektif

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 11:26 PM GMT+8 , Processed in 0.274385 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top