CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kapal Kargo Bawa 3,000 Kereta Termasuk Buatan Mercedes-Benz Group AG, BMW AG Terbakar

29-7-2023 02:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2045| Komen: 9

Seorang anak kapal Fremantle Highway maut ketika api menyambar kapal kargo yang membawa muatan 3,000 kereta dengan sebahagiannya buatan Mercedes-Benz Group AG dan BMW AG, terbakar berhampiran pantai Belanda, tengah malam Rabu lalu.


Difahamkan, kesemua 23 individu di atas kapal, termasuk beberapa kru yang cedera dan meninggal dunia, dibawa dari kapal itu dengan helikopter dan bot penyelamat.


Bloomberg

Menurut data penjejakan kapal oleh Bloomberg, Fremantle Highway yang mempunyai bendera Panama dalam perjalanan ke Pelabuhan Said, Mesir, selepas berhenti baru-baru ini di pelabuhan Bremerhaven di Jerman.

Shoei Kisen Kaisha Ltd iaitu firma Jepun yang memiliki kapal itu berkata, destinasi terakhir bagi kenderaan berkenaan adalah Singapura.

Sebanyak 25 daripada 2,857 kereta di dalamnya adalah kenderaan elektrik (EV), kata jurucakap pengawal pantai Belanda.


Kira-kira 300 daripada kereta di atas kapal itu adalah buatan syarikat Mercedes-Benz.

Ford Motor Co, Stellantis NV, Renault SA dan Nissan Motor Co tidak mempunyai sebarang kenderaan di atas kapal itu, kata jurucakap syarikat, dan wakil dari Toyota Motor Corp.

Jurucakap Volkswagen AG berkata, syarikat itu sedang giat menyiasat perkara itu tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut, manakala Tesla Inc belum memberi kenyataan berhubung insiden berkenaan.

Jurucakap BMW mengesahkan syarikat itu mempunyai kenderaan di atas kapal itu dan tidak menyatakan bilangannya.

Pengawal pantai tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat kebocoran bahan di kapal itu walaupun pihak berkuasa mengambil beberapa langkah berjaga-jaga untuk mencegahnya, kata jurucakap itu.

Sementara Itu, AFP melaporkan persiapan dilakukan untuk menyelamatkan kapal kargo itu dalam operasi yang bertujuan untuk mengelak bencana ekologi.

Pegawai Belanda berkata, sebuah kereta elektrik disyaki menjadi punca kebakaran dan menyatakan hampir 500 kenderaan elektrik berada di dalamnya, jauh lebih banyak daripada yang angka menerusi laporan awal.

Syarikat penyelamat kini memulakan persiapan untuk menunda kapal itu ke kawasan perairan lebih jauh ke arah timur.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:36 AM
habislahhh…
Quote sharlenetexas 30-7-2023 02:39 AM
Kereta elektrik puncanya?

Quote Lagubestbest 1-8-2023 01:00 PM
kete lektrik tak tahan panas.
Quote Kitty_catz 1-8-2023 01:14 PM
alah takkan le tade beli insurance.. kecoh nauuu
Quote zorrro_03 8-9-2024 10:22 AM
hadap lah sgt ev  siall tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:22 AM GMT+8 , Processed in 0.039306 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top