CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Confident' Langgar Hukum, Daiyan Trisha Dipersoal Selamba Makan Ulat Sagu

29-7-2023 01:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5154| Komen: 34

IG


Tindakan pelakon Daiyan Trisha berkongsi video dirinya yang tidak geli mencuba makan ulat sagu menerima pelbagai reaksi daripada warganet.



Dipercayai, ada babak dalam filem seram 'Sumpahan Jerunei' lakonannya melibatkan aksi memakan ulat berkenaan.

Walaupun ramai kagum melihat Daiyan tidak kekok memegang ulat sagu itu, segelintir daripadanya mempersoalkan mengenai hukumnya.





Melihat ruang komen, ada netizen yang memetik nama Ustaz Azhar Idrus mengatakan haram memakan ulat berkenaan.

Melihat penjelasan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri di portalnya, Maktabah Al-Bakri, hukum memakan ulat sagu adalah haram. 


Maktabah Al-Bakri

"Pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh: 20 November 2014," jelasnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 29-7-2023 01:24 PM
Edited by codenamedream at 29-7-2023 01:27 PM

UAI punya fatwa

Cuba source tu tulislah JAKIM ke, Majlis Agama Islam Sarawak ke.
Quote dudaberhias 29-7-2023 02:03 PM
Ewwww macam mana theyolss telan... memang geli geleman tengok benda tu hidup2 bergerak2 waktu nak telan tu...

Tapi kan nak kutuk lebih2... tengok orang makan ikan bilis mentah... cencalok... ikan masin semua tu benda jijik jugak kan sah2 tu pun bangkai... ahahaha

Quote jejaka_hensem 29-7-2023 02:10 PM
Merokok,vape pun haram.
Tapi selamber je dok tyg dalam drama filem melayu ko tak bising?
Quote lilcountess 29-7-2023 02:12 PM
bab makan ulat sagu tu mungkin dia ignorant tak tau hukum-hakam. tp bab lain yg terang-terangan haram pun dia confident langgar jadi apalah nak dihairankan sgt
Quote I.K.A888990 29-7-2023 03:59 PM
apoooo netizen ni dah dia pn mmg tak pakai tudung, seksi saksa, cucuk2 pegang2  pn haram benda dah..
Quote heythere123 29-7-2023 05:07 PM
codenamedream:  Edited by codenamedream at 29 ...


tapi bawah tu ada jugak kenyataan mufti chuols
Quote dua_chzy 29-7-2023 05:29 PM
Zahar Derus kuar fatwa tu mungkin sebab dia tak makan ulat sagu. Cuba kalau dia makan. Kih.
Quote dua_chzy 29-7-2023 05:32 PM
Eh,

sejak bila wujud jabatan mufti Sarawak? Sejak bila ulot mulong difatwakan haram di Sarawak? Kalau gitu tapai ubi tapai pulut tu haramkan juga la sapa kata tak tinggi alkohol menda2 tu? Sampai sekarang aku takleh makan menda tu sebab tadak beda dengan bau tapai nasi huntok rice wine.
Quote mawarika 29-7-2023 08:26 PM
Eeeeewww siput sedut, belalang n ulat ni.. kembang uiii.. kadang udang pun dah nampak rupa lipasss…
Quote codenamedream 29-7-2023 08:31 PM
heythere123 replied at 29-7-2023 05:07 PM
tapi bawah tu ada jugak kenyataan mufti chuols

Iya. Meols tuju kat netizen yang komen.
UAI cakap
UAI bagitau
Ceramah UAI

Lainkali meols buat
subject: netizen bani UAI

Quote monsterwife 29-7-2023 08:42 PM
Marhaen je muka sebelum renovate
Quote LadyCarefree 29-7-2023 08:44 PM
codenamedream replied at 29-7-2023 12:24 PM
UAI punya fatwa

Cuba source tu tulislah JAKIM ke, Majlis Agama Islam Sarawak ke.

Baru nak komen psl taksub uai LOLLLL
Quote LadyCarefree 29-7-2023 08:45 PM
Edited by LadyCarefree at 30-7-2023 08:24 AM
jejaka_hensem replied at 29-7-2023 01:10 PM
Merokok,vape pun haram.
Tapi selamber je dok tyg dalam drama filem melayu ko tak bising?


Punyalah ramai retis niaga vape, kan?

Usetard Kepris pun baru lancar kempen baru vape sheols. xde ke yg kecam kat IG dia?
Quote LadyCarefree 29-7-2023 08:46 PM
I tengok kat Tiktok tu dia tak makan pun? Ada ke video lain yg dia makan?
Quote evlinne 29-7-2023 08:47 PM
monsterwife replied at 29-7-2023 08:42 PM
Marhaen je muka sebelum renovate

Aritu kt fb ada artikel psl minah ni
Reputz pulak gi bubuh gamba sheols sblm renovate dgn muka menggerutu
Terus netz kecam mcm muka makcik2 bila xde filter

Quote nipskacang 29-7-2023 08:48 PM
dua_chzy replied at 29-7-2023 05:32 PM
Eh,

sejak bila wujud jabatan mufti Sarawak? Sejak bila ulot mulong difatwakan haram di Sarawak? Kal ...

Proses yg sama tp duration berbeza kan? Rice wine undergo longer fermentation compared dgn tapai pulut/ubi which took around 2-3 days, xsempat jd alkohol. Rice wine took a month or so , bru jd alkohol.
Quote heythere123 29-7-2023 08:49 PM
codenamedream replied at 29-7-2023 08:31 PM
Iya. Meols tuju kat netizen yang komen.
UAI cakap
UAI bagitau

oh fahamm

nak buat camana uols, bani UAI memang wujud sabo je la hadap mentaliti cult dorang
Quote monsterwife 29-7-2023 08:59 PM
evlinne replied at 29-7-2023 08:47 PM
Aritu kt fb ada artikel psl minah ni
Reputz pulak gi bubuh gamba sheols sblm renovate dgn muka men ...

Hahaha...dulu mcm org asli skrg dah jjadi kpop
Quote apedehal 29-7-2023 09:13 PM
Kesian dia punya bercerita sakan scene2 semua aksi sndiri smpai trauma..citer makan ulat jugak yg naik..ekihkih

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.093422 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top