CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Calon PN Tertinggal IC Pada Hari Penamaan Calon

29-7-2023 12:34 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2473| Komen: 9

Seorang calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Kelang tertinggal kad pengenalannya pada hari penamaan calon hari ini selepas menukar pakaiannya.

Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari mewakili Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun bernasib baik sempat memperoleh kad pengenalannya selepas dikatakan dibawa ahli keluarganya.



Abdul Rashid (kanan) selepas mendaftarkan diri sebagai calon DUN Selat Klang di Dewan Serbaguna Pejabat Tanah dan Daerah Klang, hari ini.

Abdul Rashid ketika ditemui selepas penamaan calon memberitahu, beliau sepatutnya ingin memakai pakaian korporat sebelum menukar pada busana baju Melayu.

“Tiada hal, tertinggal dalam baju lain iaitu baju korporat,” katanya di sini hari ini.

Dun Selat menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan Abdul Rashid sebagai penyandang akan ditentang Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Datuk Mohamad Ezam Mohd. Nor dan Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Roslee Abdul Hamid yang mewakili gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).


Dalam pada itu, Abdul Rashid menaruh keyakinan dapat mempertahankan kerusi dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

“Insya-Allah, setakat ini trend penyokong memihak kepada kita dengan saya telah melakukan semua kerja (dalam DUN) sepanjang lima tahun ini,” jelasnya.

Sementara itu, Roslee menjelaskan, pihaknya mempunyai cara kempen dan strategi tersendiri dalam menarik pengundi menyokongnya.

“Kita sudah buat persediaan awal dan tidak kisah dua penjuru atau tiga penjuru. Lagipun saya anak tempatan di situ,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cik-jaja 31-7-2023 07:57 AM
nasib baik ada family bawak, kalau tak menangis tepi bucu katil
Quote jazaa100 31-7-2023 07:58 AM
Tiap kali penamaan cslun, mesti ada kes bodoh mcm ni

Tak payah jd calun lah klu urus diri sendiri pun fail
Quote shi_jewel 31-7-2023 09:57 AM
so, mcm mana nak memimpin kalau mcm ni...

nanti dpt peruntukkan, lupa plak dgn rakyat marhein utk dibantu

okla nexxxxxxxxxxttttt....
Quote supernaturalee 31-7-2023 11:22 AM
nasib lato2 tu bkn jenis blh tanggal
klu tak mau ada kes tertinggal2 jgk kan


anyway....calon prm tu ezam yg berjuang utk bangnon back in 98 tu kan

Quote Decaffeinated 31-7-2023 11:42 AM
Shits happen atau memang cuai?
Quote tungkai 31-7-2023 01:06 PM
Drama aje ni supaya masuk berita dia dicalonkan supaya org aware...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.036345 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top