CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Konvoi Supercar Tunjuk Hebat Di Senai Desaru Expressway, Katanya Milik Founder?

29-7-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3880| Komen: 42

Sekumpulan pemandu kereta mewah buat hal lagi. Terbaru, warganet mengecam sekumpulan konvoi supercar memandu secara berbahaya di Senai-Desaru Expressway (SDE), Ulu Tiram, Johor.

Dalam sebuah video tular yang dimuat naik pada Jumaat, kelihatan sebuah Lamborghini memotong secara melulu di jalan raya tersebut.



Twitter

Malah, ada di antara mereka memandu di tengah-tengah jalan raya sehingga menyebabkan beberapa kenderaan terpaksa memberi laluan kepada mereka.

Lebih menyakitkan hati, kumpulan berkenaan memotong secara berbahaya dan 'makan jalan' pengguna kenderaan laluan bertentangan tanpa mempedulikan kenderaan lain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa kesal dan marah dengan tindakan pemandu tersebut.


Twitter MYNEWSHUB

Menurut seorang pengguna Twitter, @Pembvnvh_Vpahan, kawasan tersebut kerap berlaku kemalangan dan tindakan pemandu terbabit mendatangkan risiko kepada orang ramai.

"Kawasan ini kerap 'makan manusia' (kemalangan maut). Tambah pula wujudnya manusia riak, takbur, dan istidraj begini, orang lain juga yang jadi mangsa hilang ahli keluarga," tulisnya.

@esenarx pula meluahkan perasaan marahnya selepas melihat sebuah Lamborghini merah merbahayakan pengguna jalan raya yang lain.

"Lamborghini merah itu betul betul mencabar kesabaran. Boleh pula nak 'head to head collision'," tulisnya.

Sementara itu, seorang pengguna @anabismatli pula mendakwa pemandu-pemandu yang memandu kenderaan tersebut adalah pengasas sebuah produk.

"Semua founder (pengasas) ini," katanya.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian itu berlaku dan belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. 


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 29-7-2023 12:12 PM
Deme juai apa bleh kaya sgt tu?
Quote aechae 29-7-2023 12:15 PM
Dasar manusia menyusahkn orang ni seeloknya ditimpa musibah pastu xda org tolong je
Quote airfilterkotor 29-7-2023 12:20 PM
Kecik betui no. plat.

Sama kecik dengan otak dorang.
Quote SPACENUT 29-7-2023 12:22 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 12:12 PM
Deme juai apa bleh kaya sgt tu?

Tah tah rental saja tu....
Quote otai_g 29-7-2023 12:28 PM
Penguatkuasaan lemah. Dorang da bnyk duit. Setakat kena sama umpama beli seketul daging babi je. Murah sgt
Quote Tinot7 29-7-2023 12:35 PM
SPACENUT replied at 29-7-2023 12:22 PM
Tah tah rental saja tu....

Rasanya nak show off supaya lagi ramai tolowers beli brg deme la..
Quote SPACENUT 29-7-2023 12:41 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 12:35 PM
Rasanya nak show off supaya lagi ramai tolowers beli brg deme la..

Itulah...marketing ploy kot
Quote BumpIQ 29-7-2023 12:48 PM
Ala mek yah dah jual axia mek yah haritu kalau tidak boleh mek yah join

@_blackbird
Quote Azhargoth 29-7-2023 12:49 PM
Yang sewa pun ada tu..haha..macam taktau
Quote CiliPadiSedap 29-7-2023 12:53 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 12:12 PM
Deme juai apa bleh kaya sgt tu?

kalau toklip ye betul kaya cash. kalau founder benda kereta cmni banyak option dapat harga murah tanpa loan. kereta sambung bayar, kereta sewa pajak.

kereta2 ni biasa tukar tangan kejap kt tempat forex, kejap kt tempat timbang kilo, kejap kt mlm. circle yang sama. sebulan around rm 60 ribu. kalau setahun lg murah dalam rm 420 ribu sahaja.

just marketing je..orang tamak nampak marketing cmni akan terliur. no such thing easy money unless relentless work hard .
Quote _blackbird 29-7-2023 12:55 PM
BumpIQ replied at 29-7-2023 12:48 PM
Ala mek yah dah jual axia mek yah haritu kalau tidak boleh mek yah join

@_blackbird

axia absorber dah bengkok sebelah kanan derr, terpaksa la jual utk grab voucher RM500. beli treler pula. absorber treler boleh tahan beban 1 tan


Quote syamzana 29-7-2023 01:08 PM
CiliPadiSedap replied at 29-7-2023 12:53 PM
kalau toklip ye betul kaya cash. kalau founder benda kereta cmni banyak option dapat harga murah t ...

yg sejenis sambung bayar ni mmg owner lama takkan minta downpayment ke apa ye? pastu nama terus bertukar ke habis byr baru tukar.
kot la sis cili tau
Quote becir 29-7-2023 01:20 PM
Penyokong Andrew tate ke ni
Quote Skuau 29-7-2023 01:28 PM
polis..tolong 'tengok tengokan' dorang ni...
Quote Skuau 29-7-2023 01:44 PM
'budak semak'...mana korng pigi da..yg ni baru krng patut baling batu..sembunyi tangan..
Quote Tinot7 29-7-2023 01:45 PM
SPACENUT replied at 29-7-2023 12:41 PM
Itulah...marketing ploy kot

Satu lagi marketing ploy, masuk majalah ka tv ka viral kat medsos.. camtu pun ramai start beli produk.. giteww..
Quote Tinot7 29-7-2023 01:47 PM
CiliPadiSedap replied at 29-7-2023 12:53 PM
kalau toklip ye betul kaya cash. kalau founder benda kereta cmni banyak option dapat harga murah t ...

Toklip tu kaya sejak bisnes turun temurun kan? Kalau start drp zero, susah jugak la pada pendapat iols..

Now mana dok cuci2 pun tatau sbb ramai sgt stok menunjuk..

Yg sebaiknya, bersyukur je la dgn apa kita ada..
Quote edayildiz 29-7-2023 02:12 PM
sejak muncul founder kt bumi ni i rasa mcm kaya or jutawan tu dh mcm xde nilai..betul x ayt ni..mcm kita x rasa wow gitu..i suka tgk org kaya yg dr konglomerat mcmtu..yg bisnes juta juta..old money punya..bkn geng yg suka tnjk money kt medsoc..xheran lgsg
kalau bethol happy jd jutawan idok la ada jer yg berduit tp depress..nk tjn bgunan..baikkkk jd biasa janji happyy cara kita
Quote lostnfaun 29-7-2023 03:04 PM
Jumpa semlm dkt hiway arah selatan. Laju bukan main.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036203 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top