CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingatkan Satu Rumah, Wanita Tersalah Tempah Seluruh Hotel Semasa Bercuti

29-7-2023 11:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3511| Komen: 24

LONDON  – Seorang wanita yang mahu membawa keluarganya bercuti tersalah sampai tak sengaja menempah keseluruhan sebuah hotel kecil di Pulau Bali.

MailOnline melaporkan, Jasmine Gordon dari Somerset, Britain menyangka dia menempah sebuah kediaman  yang sesuai untuk tujuh ahli keluarganya melalui perkhidmatan syarikat penyewaan kediaman, Airbnb.


Namun, wanita itu diberitahu bahawa apa yang dianggapnya sebagai  sebuah rumah baru-baru ini sebenarnya adalah hotel. Seluruh hotel itu adalah untuk kegunaan Jasmine dan keluarganya selama seminggu.

Foto: Caters News Agency

Dia berkata: ‘Mereka (hotel itu) mempunyai kakitangan sepenuh masa, pengawal keselamatan, tukang masak, dan kereta golf untuk membawa anda bersiar-siar.

“Ia sangat besar untuk Airbnb tetapi agak kecil untuk hotel, setiap bilik mempunyai kunci pada pintu dan mesin kopinya sendiri.


“Kami hanya bertujuh dan premis itu mempunyai kapasiti menempatkan 18 orang.”

Wanita yang merupakan pengurus pemasaran media sosial itu mengaku bahawa saiz hotel itu agak besar ketika keluarganya mula-mula tiba.

Dia berkata: “Terdapat sebuah restoran di sana dengan tukang masak yang memasak setiap hari sehingga pukul 11 malam dan anda boleh memesan sarapan, makan tengah hari dan makan malam.”

Bagaimanapun, jumlah sewa hotel itu tidak didedahkan. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 29-7-2023 12:01 PM
Hotel mana? Habaq la ciked..
Quote hareeeesah 29-7-2023 12:06 PM
murah sgt sampai confused the whole hotel ke villa agaknya ke?
Quote Samerosie 29-7-2023 12:16 PM
Villa ni kalau kat Bali mmg besar siap pool.  Kat seminyak banyak gini.
Quote BumpIQ 29-7-2023 01:02 PM
Mek yah tak pernah pergi oversea melainkan marang

Jadi kalau booking pun mek yah menanti voucher
Quote jfq 29-7-2023 03:34 PM
Nama hotel pls
Quote MissVixen 29-7-2023 03:37 PM
Untung la matawang besar. Celah hidung je nak bayar duit rupiah. Bila la ringgit nak naik. Kalau dapat sama sgd ke pun dah nikmat sangat.
Quote intan244 29-7-2023 08:00 PM
ni pon jadi artikel
Quote sharlenetexas 29-7-2023 08:07 PM
Promosi ramai2 dtg bali ke?

Quote TOPwind 29-7-2023 08:55 PM
murahlah tu sampai sangup bayar dulu.

jika mahal pasti dah reject masa tempah

atau sahaja buat kenten Tiktok
Quote B40tastePosh 29-7-2023 08:57 PM
Okey la tu berbanding Langkawi
Quote faraway1 29-7-2023 10:53 PM
Mesti murah gila dengan tukaran wang dia
Quote Udangpetai 29-7-2023 11:22 PM
Mesti dia macam tak percaya rate tu untuk satu hotel. Rupiah lagi ler jauh dengan dia punya duit.Kita malaysia je tgk rate villa dia mcm tak percaya murah mcm tu apatah lagi deme mat salleh ni
Quote faraway1 29-7-2023 11:26 PM
Udangpetai replied at 29-7-2023 10:22 AM
Mesti dia macam tak percaya rate tu untuk satu hotel. Rupiah lagi ler jauh dengan dia punya duit.Kit ...

Betul ke murah gila even dengan rm?
Quote green~tea 29-7-2023 11:32 PM
faraway1 replied at 29-7-2023 11:26 PM
Betul ke murah gila even dengan rm?

Yes sangat murah.. bilik villa + private pool and great breakfast..

1st time i ke sini dgn husband, kitorang duduk dekat ubud... seingat i around rm300 aje semalaman villa with private pool , breakfast dalam pool or tepi pool (ada floating dulang ke apa tu nama nya..

2nd time and 3rd time kitorang duduk kat seminyak, tp i teman husband meeting aje.. so company provide hotel tu, i tatau rega..

Kat bali ni banyak tourist trap... so kitorg everytime ke sini mmg pegang 1 supir aje... sblm fly ke sini terus whatsapp supir tu.. masa delegates datang meeting, mmg kitorang je dpt rate murah supir.. others semua kena ketuk sbb tak kenal
Quote Udangpetai 29-7-2023 11:33 PM
faraway1 replied at 29-7-2023 11:26 PM
Betul ke murah gila even dengan rm?

Hak ah. Kawan meols pernah book honeymoon dengan husband dia, satu malam untuk the whole villa siap pool baru 2 rat lebih je.
Tapi latest rate x sure lah. Masa tu dah lama jugak. Yang pasti bali tu rate hotel dia murah jugak untuk kita.
Kalau kita kat sini 150++ hotel 3 star je lah dapat. Tu pun shower je takde bathtub
Quote anony-mous 29-7-2023 11:36 PM
Rindunya bali sbb villa yg ada private pool sgt2 berbaloi hrga dia. Dkt malaysia xkn dpt. Rasa menyesal muda2 x repeat bali byk kali. Nnti akn dtg mesti hrga mengarut dah sbb mat salleh makin ramai pindah sana. Bila da dpt sekali dua villa dgn kolam renang rege berbaloi2, rasa rugi keluarkan duit utk villa2 dgn malaysia yg mostly harga 3 kali ganda.
Quote faraway1 30-7-2023 12:08 AM
green~tea replied at 29-7-2023 10:32 AM
Yes sangat murah.. bilik villa + private pool and great breakfast..

1st time i ke sini dgn husba ...

Bagi nama hotel please, me anak beranak balik Malaysia winter depan so tengah rancang apa nak buat..
Quote faraway1 30-7-2023 12:09 AM
Udangpetai replied at 29-7-2023 10:33 AM
Hak ah. Kawan meols pernah book honeymoon dengan husband dia, satu malam untuk the whole villa sia ...

Murah gila rupanya bali, me ingat sebab tourist area so mesti kaw kaw punya harga
Quote chiyoasuka 30-7-2023 01:47 AM
Bali salah satu tmpt yg dlm list travel yg nak dipegi… suka tgok villa2 dkt sna.. cantik2

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.054075 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top