Berpunca daripada Aina Abdul yang kerap muncul dengan fesyen-fesyen pelik, ramai yang mula membuat video parodi dan menghasilkan busana yang seakan-akan sama. Kali ini, fesyen busana ‘blazer’ gergasi yang dipakai Aina pada sebuah majlis anugerah baru-baru ini pula menjadi ikutan ramai.
Lucunya, ada yang membalut dan ‘menyorok’ di dalam kain berwarna merah demi merealisasikan busana gergasi tersebut. Gelagat tersebut mengundang tawa ramai yang rata-rata berpendapat mereka sangat kreatif dan lucu. “Sakit mulut gelak dengan perangai masing-masing. Laju betul buat kerja!
“Adoi, siap tukar nama lagu menjadi Terus Jalan Mati. Lawaklah!” komen netizen. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT