CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Laki Bini Panjang Nyawa Sempat Keluar Sebelum Kereta Terbakar Di Lebuhraya Persekutuan

29-7-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3063| Komen: 23

Berpantang maut sebelum ajal. Pasangan suami isteri panjang nyawa sempat keluar sebelum kereta terbakar selepas terbabas melanggar penghadang jalan di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang, semalam.


Difahamkan, mereka berjaya diselamatkan selepas orang awam bertindak pantas mengeluarkan kedua-duanya daripada terperangkap dalam kenderaan berkenaan.


Kereta mangsa yang terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terbakar di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.39 malam.

Katanya, beberapa anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Outlander yang terbakar 90 peratus setelah hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan.


“Pemandu lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 50 dan 45 tahun tercedera dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihaknya pada pukul 9.55 malam.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan hanya mengalami cedera ringan,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 29-7-2023 11:47 AM
Laju sgt ke? Federal ni ramai xreti ikut lane mana, dh tau nk exit last minute terus pancung.
Quote Tinot7 29-7-2023 12:05 PM
Camne bawak keta tu???
Quote gigahertz 30-7-2023 12:01 AM
Tinot7 replied at 29-7-2023 04:05 AM
Camne bawak keta tu???

Jalan ke subang tu ada 3 jalan.
Kiri sekali tengah dan kanan.
GPS selalu kata belok kiri
Tapi x di nyatakan yang di tengah
Atau kiri sekali. Bila u salah masuk lorong
Route GPS akan recalculate balik.
U kena jalan nun jauh pusing u turn
Quote Tinot7 30-7-2023 01:02 AM
gigahertz replied at 30-7-2023 12:01 AM
Jalan ke subang tu ada 3 jalan.
Kiri sekali tengah dan kanan.
GPS selalu kata belok kiri

Org yg tak biasa dgn jalan sana kena bawak slow2 la..
Quote dua_chzy 30-7-2023 01:15 AM
Tanda Allah sayang.
Quote gigahertz 30-7-2023 02:50 AM
Tinot7 replied at 29-7-2023 05:02 PM
Org yg tak biasa dgn jalan sana kena bawak slow2 la..

macam mana nak slow. lori dah duduk lane kiri. moto lane kiri.
tak campur bas , treler lagi. yang kosong tu lane kanan.
nak pancung ke kiri tu mmg susah la.
jalan berlubang sebelah kiri jugak.
Quote Tinot7 30-7-2023 07:56 AM
gigahertz replied at 30-7-2023 02:50 AM
macam mana nak slow. lori dah duduk lane kiri. moto lane kiri.
tak campur bas , treler lagi. yang ...

Maknanya jgn cut lane tapi kena tunggu ke depan utk uturn..
Quote gigahertz 30-7-2023 10:35 AM
Tinot7 replied at 29-7-2023 11:56 PM
Maknanya jgn cut lane tapi kena tunggu ke depan utk uturn..

Highway persekutuan. Kalau u tak pancung
Jalan tu skrg dan terlajak ke depan. Mmg bye bye la.
Subang jaya , subang , shah alam , klang , kl
Semua guna highway yg sama.
I ambil masa 3 tahun nak hadam highway tu.
Padahal duduk kat selangor dah 30 tahun.
Biasanya sebelum wujud GPS i sesat
Ambil masa 5 jam nak balik rumah
Quote Tinot7 30-7-2023 10:39 AM
gigahertz replied at 30-7-2023 10:35 AM
Highway persekutuan. Kalau u tak pancung
Jalan tu skrg dan terlajak ke depan. Mmg bye bye la.
Sub ...

Mudanya hang..

Iols dok keje tmpt sama dari tahun 2007 pun tatau ada old town, new town bagai.. tahun lepaih baru tau kewujudan old town.. hahahah
Quote kkm123 8-8-2023 08:58 AM
Kekal Berdisiplin: Berpegang pada pelan dagangan anda dan elakkan menyimpang daripadanya berdasarkan keputusan impulsif atau turun naik pasaran jangka pendek.
Quote hayrin86 8-8-2023 09:29 AM
Tinot7 replied at 30-7-2023 01:02 AM
Org yg tak biasa dgn jalan sana kena bawak slow2 la..

Setuju.. Tidak perlu laju pun tidak apa, hatta kereta yang berkelajuan tinggi..

Quote Tinot7 8-8-2023 10:13 AM
hayrin86 replied at 8-8-2023 09:29 AM
Setuju.. Tidak perlu laju pun tidak apa, hatta kereta yang berkelajuan tinggi..

Masalahnya yg bawak keta pawer tu yg nak menunjuk bawak laju..
Quote midori888 8-8-2023 10:26 AM
alhamdulillah...nasib baik sempat selamatkan diri...
Quote hayrin86 9-8-2023 08:39 AM
Tinot7 replied at 8-8-2023 10:13 AM
Masalahnya yg bawak keta pawer tu yg nak menunjuk bawak laju..

Biarpun power tapi tak perlu la sehingga menunjuk kelajuan tinggi..

Quote hayrin86 9-8-2023 08:40 AM
midori888 replied at 8-8-2023 10:26 AM
alhamdulillah...nasib baik sempat selamatkan diri...

Walaupun nyawa nyaris melayang tapi masih dikira tragedi

Quote CiliPadiSedap 9-8-2023 08:56 AM
hareeeesah replied at 29-7-2023 11:47 AM
Laju sgt ke? Federal ni ramai xreti ikut lane mana, dh tau nk exit last minute terus pancung.

biasa orang luar cmtu atau orang bodoh. jalan kl selangor kalau xbiasa ambil tengah atau tepi jgn ambil lorong laju.
Quote stingergrumpy 9-8-2023 10:17 AM
dua_chzy replied at 30-7-2023 01:15 AM
Tanda Allah sayang.

Kalo datang ajal pun disebut Allah lebih menyayangi....

So which is which?

Quote stingergrumpy 9-8-2023 10:20 AM
Tinot7 replied at 30-7-2023 10:39 AM
Mudanya hang..

Iols dok keje tmpt sama dari tahun 2007 pun tatau ada old town, new town bagai.. t ...

Selama ini tahu akan kewujudan Old Town Coffee  tak?
Quote bulalof 9-8-2023 10:46 AM
berhati-hatilah di jalan raya.

pandulah dgn cermat.

ingatlah insan yg tersayang.

kelajuan membawa maut.

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:33 PM GMT+8 , Processed in 0.044168 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top