CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harimau Belang ‘Mengamuk’, Penduduk Takut Ke Ladang

29-7-2023 08:38 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2043| Komen: 4

Jerantut: ‘Amukan’ harimau belang yang membunuh dan mencederakan haiwan ternakan sejak tiga minggu lalu membuatkan lebih 5,000 penduduk Felda Kota Gelanggi di sini hidup dalam keresahan.

Akibat serangan haiwan liar berkenaan menyebabkan penduduk takut untuk keluar ke ladang bagi menuai atau melakukan kerja-kerja di ladang sawit masing-masing.



Akibat serangan haiwan liar berkenaan menyebabkan penduduk takut untuk keluar ke ladang bagi menuai atau melakukan kerja-kerja di ladang sawit masing-masing.

Ketua Peneroka Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Ghani berkata, dalam kejadian lebih tiga minggu lalu menyaksikan lebih empat ekor lembu, kambing dan kerbau mati di baham haiwan liar itu.

“Terdapat sepasang harimau belang dan seekor anak yang berkeliaran berdasarkan kesan tapak kaki dari kawasan hutan berhampiran Gua Kota Gelanggi dengan meninggalkan lembu yang cedera dan bangkai haiwan dalam ladang.


“Ibu harimau dipercayai mengajar anaknya cara berburu berdasarkan haiwan yang mati dengan hanya cedera di beberapa bahagian badan sebelum ditinggalkan di dalam ladang.

“Setakat ini belum ada laporan haiwan ganas itu menyerang manusia tetapi penduduk tetap bimbang dengan keselamatan mereka terutama peneroka yang mempunyai ladang berhampiran dengan hutan,” katanya di sini semalam.

Menurut Abdul Rahman, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Per­hilitan) telah memasang pe­rangkap bagi menangkap harimau belang yang berkeliaran di kawasan berkenaan.

Namun katanya setakat ini, tiada laporan diterima harimau berkenaan sudah ditangkap memandangkan kawasan rayau haiwan itu sangat luas hingga ke hutan Taman Negara.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kkm123 31-7-2023 10:31 AM
Pasaran 24/5: Pasaran forex beroperasi 24 jam sehari, lima hari seminggu. Ini memberikan fleksibiliti kepada pedagang untuk berdagang pada waktu yang sesuai dengan mereka.
Quote white_musk 31-7-2023 10:37 AM
Akak suka sangat lihat bang non pakai baju melayu merah

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.040902 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top