CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir Tak Duduk Diam, Cuba Bidang Baharu Pula

28-7-2023 10:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6018| Komen: 3

Penyanyi Shiha Zikir kini meluaskan kariernya sebagai seorang event organiser atau penganjur acara pula.

Bakal menganjurkan satu acara mega pada Sabtu ini, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 36, berkata pembabitannya sebagai penganjur itu memberikan banyak pengalaman baharu buat dirinya.



"Sebelum ini syarikat Shiha Zikir Empire pernah buat event tapi kecil-kecil sahaja, ini kali pertama kami diberi tanggungjawab menganjurkan karnival besar begini. Perasaan memang gementar sebab semuanya saya dan team uruskan dari A sampai Z.

"Syukur saya ada staf dan sahabat yang banyak bantu, malah ibu pun menyokong bisnes baharu yang saya buat ini sebab dia tahu saya suka apa sahaja hal melibatkan dunia hiburan.

"Banyak pengalaman yang saya terima sepanjang membuat persiapan untuk karnival ini. Walaupun penat tapi saya rasa puas dan tak sabar menanti kehadiran pengunjung," katanya kepada mStar.


Karnival Discover PKNS Selangor Cyber Valley yang dianjurkan oleh Shiha Zikir Empire akan berlangsung di Perkarangan Kompleks PKNS Bangi, Selangor, bermula Sabtu ini.

Antara program menarik sepanjang dua hari berlangsung ialah Colour Fun Run, pertandingan mewarna, pertandingan Mobile Legends dan Fifa, jualan makanan dan minuman serta konsert menampilkan barisan penyanyi popular.

Dalam pada itu, Shiha berkata dia seronok dapat menganjurkan acara sedemikan kerana boleh berkongsi rezeki dengan ramai orang.

"Saya rasa puas apabila dapat berkongsi rezeki dengan kawan-kawan dan orang lain, tengok orang lain tersenyum gembira itu sudah cukup menyeronokkan bagi saya.

"Selain itu, saya juga dapat rapatkan silaturahim dengan peniaga dan semua kru yang terlibat, apabila kita berkawan dengan ramai orang, kita akan belajar lebih banyak perkara baharu," ujarnya.


Ditanya mengenai perkembangan karier, Shiha memberitahu bidang nyanyian tetap keutamaan buat dirinya dan kerjaya sebagai penganjur acara sama sekali tidak menggangu jadual seninya.

Malah, dia juga masih sempat mempromosikan dua single iaitu Kalam dan Tusuk.

"Saya memang masih fokus nyanyian tapi dalam masa sama sebagai penganjur acara. Tak ada masalah sebab ia masih dalam bidang hiburan.

"Walaupun masa agak terhad dan perlukan fizikal serta mental yang kuat, namun itu sama sekali tidak menghalang kerana saya buat benda saya minat," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 28-7-2023 10:44 PM
terpaksa la cuba bidang baharu...

bidang hos pun haukkkk bingit...
bidang menyanyi pun gitu2 je...
bidang lawak memang ke laut terus...
berlakon pun tak tara mana...

jadi bidang apa pulak sheols nak ceburi tu??? jual sambal kah?

Quote Purplehaz 28-7-2023 10:53 PM
Bidang event ler tu.. jd event organizer, event planner, wedding planner...sendiri jd hos, jd penyanyi all in one..she pun ada bisnes Kedai mkn juga kan sblm ni.
Quote Purplehaz 28-7-2023 10:56 PM
Edited by Purplehaz at 28-7-2023 10:58 PM

Tp gigih betul dia ni..sanggup tangguh kawin..umur dh late30s ...boyfren pun sanggup menunggu sedekad dah.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.043078 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top