CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zack Idris Meninggal Dunia Di Usia 53 Tahun

28-7-2023 06:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10303| Komen: 31

Pelakon dan pengarah era 1990-an, Zack Idris meninggal dunia petang tadi, di Hospital Shah Alam pada usia 53 tahun. 

Bekas isterinya, Aliza Rafar berkata, Zack ditidurkan sejak malam semalam selepas dikejarkan ke hospital akibat muntah dan pitam. 


Foto: Harian Metro

"Tadi, saya pulang ke rumah dari hospital dan sampai sahaja di rumah, lebih kurang waktu Asar, saya dimaklumkan bahawa arwah sudah tiada. 

"Berdasarkan apa yang saya faham, ia berkaitan dengan kandungan air dalam badan dan dia ada komplikasi jantung," katanya kepada Harian Metro. 

Menurut Aliza, semalam, Zack atau nama sebenarnya Mohd Idris mengadu kepada anak-anaknya bahawa dia rasa lemah dan rasa tidak berdaya. 

"Arwah pernah menjalani pembedahan pada 13 tahun lalu. Semalam, dia rasa lemah dan tak berdaya. Katanya, rasa nak pitam. Jadi, dia berbaring. 


"Bila dia bangun untuk makan dan minum, dia muntah. Kemudian, kepalanya mula rasa pening. Jadi, anak ajak dia ke hospital. Bila sampai ke hospital, doktor maklumkan bahawa badannya dah teruk. 

"Jadi, dia terus dimasukkan ke zon merah kecemasan dan diberi bantuan oksigen seterusnya ditidurkan sejak malam semalam," katanya. 

Zack dan Aliza pernah berumah tangga selama 18 tahun sebelum bercerai lapan tahun lalu. Perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata. 

Zack sebelum ini aktif sebagai pelakon dan pengarah, namun, bersara dari dunia seni dan banyak menghabiskan waktu untuk menjaga ibunya di kampung. 

Antara karya-karya yang membabitkan namanya adalah filem-filem seperti Johnny Bikin Filem, Penyair Malam, Syukur 21, Black Maria dan Cendol: Kepada Allah Aku Berserah selain teater Sultan Alauddin Riayat.  -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nenolen 28-7-2023 06:35 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote bbi25 28-7-2023 06:44 PM
Innalillah…salam takziah buat keluarga
Quote imanjannah 28-7-2023 06:48 PM
innalillahwainnalillhirojiun..
Quote Zeatyisaac 28-7-2023 07:04 PM
Innalillahiwainna ilahirojiun. Salam Takziah buat keluarga. Al-Fatihah!
Quote Zeatyisaac 28-7-2023 07:05 PM
Ingatkan arwah kekal bersama isterinya Aliza Rafar.ereka pasangan bahagia . Bercerai jugak akhirnya.
Quote orkidorkido 28-7-2023 08:43 PM
Innalillah .. takziah kepada keluarga.
Alfatihah, semoga arwah damai di sana
Quote dudaberhias 28-7-2023 08:47 PM
Innalilah salam takziah buat keluarga
Quote Belibis 28-7-2023 08:58 PM
Makin lumayan tuaian hasil.
# blastof
Quote meowww05 28-7-2023 09:12 PM
Al-Fatihah.
Quote Avaa 28-7-2023 09:17 PM
innalillahwainnalillhirojiun

Salam takziah utk family arwah
Quote red_velvet 28-7-2023 09:24 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..ni zack kumpulan KOOL kan...
Quote Dolmat 28-7-2023 10:55 PM
red_velvet replied at 28-7-2023 09:24 PM
Innalillahiwainnailaihirajiun..ni zack kumpulan KOOL kan...

Bukannnn arwah ni dulu pelakon zaman dgn Rashdan Baba, Zuriani Kasim, Zamarul Hisham..
Quote Issandra 28-7-2023 10:56 PM
Innalillah. Salam takziah.
Quote NonaNaga 28-7-2023 11:09 PM
ooo berceraiii dah lama pulak tu ek...8 tahun..
dulu dia ni dijangka promising juga utk jadi hero..dengan Johnny Bikin Filem tu karya Dr Anuar Nor Arai ...filem seni katanya ke sudah tak dpt tengok..
Penyair Malam dengan kakak Yasmin Hani si Yasmin Suraya.

apalah kerja dia eh...katanya ada jadi pengarah2 juga dulu...
Quote KucingBiru 28-7-2023 11:13 PM
Innalillahi wa inna ilaihirojiun. 53 tahun muda lagi, moga Allah tempatkan dia di kalangan roh mereka yang bertakwa. Dia balik kampung utk jaga mak dia. Bagus sangat jasa pada ibu yang tua
Quote EriaDoritis 28-7-2023 11:23 PM
Salam takziah
Quote Purplehaz 28-7-2023 11:39 PM
Salam takziah..Innalillahi wainnailaihirojiun.

Bekas isteri dia Pelakon Aliza rafar..kakak Linda rafar tu kan.
Quote Perawankota 29-7-2023 02:26 AM
Salam takziah buat keluarga arwah.. kacak juga arwah masa muda dulu
Quote kaedahnya 29-7-2023 05:59 AM
rasa macam dulu dia selalu jadi hero drama spektra. pastu tak nampak dah. rupanya balik kampung jaga mak sakit.
innalillah. semoga ditempatkan bersama orang orang beriman.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.041082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top