Iqbal Zulkefli bengang dengan pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas niatnya mahu memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Kata Iqbaldia menerima banyak mesej daripada individu yang memerlukan bantuan namun kebanyakannya bersifat peribadi semata-mata.
“Saya sebenarnya terkejut apabila menerima banyak mesej untuk meminta bantuan kepada saya sebab ada yang minta barangan lain seperti komputer riba, telefon baharu dan minta bayar hutang sedangkan sudah beritahu yang saya mahukan orang kritikal yang sedang sakit atau terlantar. “Saya takut orang ambil kesempatan dan tak faham sebenarnya... walaupun sudah jelas beberapa kali kepada mereka. Lagi pun saya bukan orang berada sangat.
|
ADVERTISEMENT