Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui masih menerima gangguan di media sosial walaupundah bercerai. “Saya tak tahu daripada mana tapi sampai sekarang masih ada lagilah gangguan macam daripada akaun palsu tapi saya macam tak kisah.
“Sebab saya pun dah ‘move on’ dan gembira dengan kehidupan saya sekarang. Jadi, apa-apa je lah” katanya kepada XTRA. Ditanya soal gelaran yang diberikan seperti janda meletup dan sebagainya, Sarah menjelaskan bahawa dia tidak kisah dengan perkara sebegitu kerana dia pernah berhadapan dengan gelaran yang lebih teruk. “Sarah tak kisahlah korang nak cakap saya apa pun cakaplah. Terpulanglah, itu hak korang. Jadi, kita hanya ketawa sajalah.
|
ADVERTISEMENT