CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Berpaut Pada Pintu Jeriji Ketika Bumbung Diterbangkan, Seriau Sikit Lagi Wayar Elektrik Nak Sambar

28-7-2023 04:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3712| Komen: 15

Belalai darat melanda Kampung Balik Batu dan Kampung Pasir Gembur di Tanjung Bidara, Melaka pagi tadi mengakibatkan sekitar 30 rumah mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.

Menurut seorang penduduk, Aishah Abdul Ghani, 56, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi apabila satu pusaran angin tiba-tiba muncul dan menerbangkan bumbung bahagian luar dapur rumahnya serta beberapa kediaman lain.



AISHAH menunjukkan bumbung dapur luar rumahnya yang hilang diterbangkan belalai darat pagi tadi di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

“Ketika itu saya tengah melipat kain baju, tiba-tiba sahaja cuaca bertukar hujan renyai dan meminta suami, Abdul rahman Daud, 63, untuk membantu mengangkat pakaian disidai di bahagian belakang rumah.

“Apabila suami sampai sahaja di pintu dapur, satu pusaran angin datang dan menerbangkan semua bumbung di belakang manakala suami berpaut kuat pada pintu jeriji,” katanya ketika ditemui Kosmo! di kediamannya di Kampung Balik Batu, di sini.


Ujarnya, ketika kejadian dia hanya mampu menjerit takbir sekuat hati apabila melihat wayar elektrik yang tercabut hampir menyambar pintu jeriji yang dipaut suaminya.

“Syukur alhamdulillah kami selamat dan tidak cedera, hanya mengalami kerugian kerosakan bumbung sahaja,” katanya.

Sementara itu, Nurul Nabila Mohamad, 20, memberitahu, kakaknya Nur Syazlina, 22, yang hamil lima bulan terperangkap di dalam bilik air kira-kira lima minit kerana pintu telah ditolak angin kuat, manakala dia cuba berlindung di dalam bilik.

“Saya dengar kakak jerit meminta tolong buka pintu, tetapi saya seperti tergamam di dalam bilik dan nampak bumbung rumah diterbangkan angin.

“Tidak lama kemudian angin itu menuju ke rumah sebelah dan saya bersama kakak terus menyelamatkan diri ke kedai emak di atas bukit berhampiran rumah,” katanya.


NURUL Nabila (kiri) menunjukkan bahagian bumbung rumah yang diterbangkan belalai darat dalam kejadian pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di lokasi turut mendapati kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di beberapa buah rumah yang terjejas.

Dalam pada itu, Pegawai Pertahanan Awam Unit Masjid Tanah (UMT), Leftenan (PA) Shahrul Riza Saiful Bahry ketika dihubungi berkata, maklumat berhubung kejadian telah diterima pada pukul 9 pagi dan sepasukan tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikejarkan ke lokasi bagi memberi bantuan.

“Setakat bancian awal, sebanyak 10 rumah di Kampung Balik Balik Batu dan lima lagi di Kampung Pasir Gembur mengalami kerosakan pada bumbung.

“Anggota APM telah memberi bantuan dalam kerja-kerja membersihkan sisa bumbung yang tersangkut di rumah penduduk,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 28-7-2023 04:41 PM
Sekejap portrait, sekejap landscape. Poninggg
Quote cik-jaja 29-7-2023 10:49 AM
macam mana kalau lakinya tertarik sekali
Quote Tinot7 29-7-2023 12:10 PM
Now nak jjcm ke tanjung bidara kena pikiaq byk kali ke apa?
Quote BumpIQ 29-7-2023 01:08 PM
Teruknya

Kalau lah mek yah ada dekat situ mesti mek yah boleh hentikan ribut tu secara spontan
Quote albedah 29-7-2023 03:25 PM
Tinot7 replied at 29-7-2023 12:10 PM
Now nak jjcm ke tanjung bidara kena pikiaq byk kali ke apa?

Selalu nya.mu makan apa kt tg.bidara tu weh?
Quote Tinot7 29-7-2023 03:30 PM
Edited by Tinot7 at 29-7-2023 03:31 PM
albedah replied at 29-7-2023 03:25 PM
Selalu nya.mu makan apa kt tg.bidara tu weh?


Oh, iols pi skali jahh masa kecik2.. ada resort yg ada simming pul kat situ.. aritu sblm pandemik ada turun ke sana mkn french fries kat resort sama.. laguna bidara beach resort.. tatau la ni mmg kat tg bidara ka bkn.. iols bkn org melaka..

Quote AcikCleaner 29-7-2023 04:00 PM
albedah replied at 29-7-2023 03:25 PM
Selalu nya.mu makan apa kt tg.bidara tu weh?

Kan..macam jarang dengar ada tempat menarik kt tanjung bidara tu..biasa org pegi klebang atau pengkalan balak
Quote albedah 29-7-2023 04:03 PM
AcikCleaner replied at 29-7-2023 04:00 PM
Kan..macam jarang dengar ada tempat menarik kt tanjung bidara tu..biasa org pegi klebang atau peng ...

Ada kedai lempeng kelapa kt bt tenggek
Quote acikhan 29-7-2023 04:08 PM
albedah replied at 29-7-2023 03:25 PM
Selalu nya.mu makan apa kt tg.bidara tu weh?

search warung hijau area masjid tanah kaka..dekat2 gak la kot area Tanjung bidara... tp kene g awal kalo x mereput nk nunggu parking sbb terhad, x tau la sekarang da ade penambahbaikan
Quote albedah 29-7-2023 04:38 PM
acikhan replied at 29-7-2023 04:08 PM
search warung hijau area masjid tanah kaka..dekat2 gak la kot area Tanjung bidara... tp kene g awa ...

Mahal giler gak tu weh. Org lokal x gi sanaaaaa
Quote acikhan 29-7-2023 05:13 PM
albedah replied at 29-7-2023 04:38 PM
Mahal giler gak tu weh. Org lokal x gi sanaaaaa

yg ramai org luar yg g kaka termasuk haku tp da lama g circa awal tahun 2021 time tu org lanje haku makan utk 10 saje hampir ghatus jugak ye..... la nie lg teman rege ye Dak
Quote chiyoasuka 30-7-2023 02:16 AM
syukur selamat.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.031264 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top