CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Naqiu Timang Anak Ke Enam "Anak Pertama Sampai Kelima Jarang Ada Di Rumah, Sibuk Di Kelab"

28-7-2023 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5078| Komen: 18

Naqiu memaklumkan isterinya iaitu Hanisah Zuhari, 38, selamat melahirkan cahaya mata keenam mereka pada Khamis.

Bayi perempuan seberat 3.05 kilogram itu dilahirkan secara normal di Hospital Ampang pada pukul 5.47 pagi.


Dalam keterujaan, Naqiu meluahkan kebimbangan untuk isterinya menjaga anak kecil mereka.

Foro: IG

"Anak kelima sekarang berusia 5 tahun, jadi dah lama tiada baby. Usia saya dan isteri pun bukan muda. Mulalah terfikir macam mana nak jaga baby baru ni.

"Bagaimanapun ini adalah rezeki dan tanggungjawab. Syukur anak kami selamat dilahirkan dan ibu serta bayi dalam keadaan sihat," katanya kepada mStar.


Dia sebelum itu turut membuat satu hantaran di laman Instagram miliknya berkongsi berita gembira itu kepada peminat.

Tambah penyanyi ini, dia juga mahu memberi tumpuan sepenuhnya menjaga isteri dan bayi sepanjang tempoh berpantang.

"Anak pertama hingga kelima, saya jarang berada di rumah sebab ketika itu masih aktif menyanyi di kelab dan di banyak tempat seluruh Malaysia.

"Anak kelima barulah saya dapat merasa menjaga isteri ketika berpantang seperti mana kebiasaan bapa lain. Jadi kali ini pun saya tidak mahu lepas peluang memberi tumpuan menjaga isteri dan anak," ujarnya.



Naqiu memberitahu dia akan berkongsi nama anak keenamnya itu selepas 40 hari.

Perkongsian vokalis kumpulan Boboy ini juga membuatkan ramai peminat terkejut kerana tidak menyangka dia sudah memiliki enam orang anak.

Kurang berkongsi kisah keluarga di media sosial, kata Naqiu dia lebih selesa menjadikan platform itu menceritakan hal kerjaya.


"Kalau orang yang tidak tahu tentang anak-anak, saya minta maaf. Inilah saya yang sebenar. Saya memang tidak suka kongsi hal keluarga di media sosial kecuali kalau ada hari istimewa seperti sambutan ulang tahun mereka.

"Biarlah media sosial saya hanya menjadi tempat untuk menceritakan hal kerja sahaja," jelasnya.




Untuk rekod Naqiu dan Hanisah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2010. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kancilkering 28-7-2023 03:21 PM
6 org anak dia….murah rezeki….
Quote I.K.A888990 28-7-2023 05:57 PM
tahniah tahniah
Quote imanjannah 28-7-2023 06:59 PM
alhamdulillah.. tahniah
Quote syamzana 28-7-2023 07:03 PM
tahniah...semoga ibu&anak sihat.
kagum betul iols dizaman skrg org anak ramai.
Quote Ahriman 28-7-2023 11:12 PM
Tahniah..just curious,sebelum dia comeback dia keje ape?
Quote blueberry12 29-7-2023 02:21 AM
Ahriman replied at 28-7-2023 11:12 PM
Tahniah..just curious,sebelum dia comeback dia keje ape?

Menyanyi dkt kelab
Quote doubleA 29-7-2023 02:25 AM
Tahniah. Dan pls terus nyanyi. Heols antara juara gv yg iols suka ulang tgk nyanyian gv nya. Sedap dan feel betul dia bawa semua lagu dalam gv tu. Selayaknya juara
Quote marchikobonzo 29-7-2023 09:24 AM
Congrats! Selamat berpantang
Quote rayna_raynes 29-7-2023 11:37 AM
Muda lg tapi dress up macam orang tua
Quote h0lysh1t 29-7-2023 11:42 AM
Sempoi je beranak kat Hospital Ampang..
Quote Selubung 29-7-2023 01:03 PM
Wow enam anakk
Tahniahhh
Quote AngelFreakyAF 29-7-2023 01:06 PM
Dalam gambar Tu semua anak dia ke...Yang mana biniknyerr
Quote razzia 29-7-2023 01:09 PM
doubleA replied at 29-7-2023 02:25 AM
Tahniah. Dan pls terus nyanyi. Heols antara juara gv yg iols suka ulang tgk nyanyian gv nya. Sedap d ...

kan i all suka dia masa gv semua lagi orang dia tapau.
Quote twinkystar 29-7-2023 02:06 PM
Dah 6 dah anak dia, wah
Quote dua_chzy 29-7-2023 02:08 PM
Bini first ka second ni?
Quote Honey_Inara 31-7-2023 09:24 AM
Masa di gv banyak kali je naqiu cerita pasal anak heols 5 orang.. siapa yang cakap tak tahu naqiu ada anak ramai tu mesti baru kenal naqiu pastu acah² fans..
Quote dewi_rina 31-7-2023 10:46 AM
Bini no 1 anak 2 org kan, pastu cerai lepas kena sondol dgn bini skrg
Bini skrg anak 4 org..

Congrats, sejenis poad.. nyanyi pun kat club
Quote sangbara2020 31-7-2023 10:58 AM
umuq berapa dia dh ade ank...2 tahun sorg anaknya ni..alhamdulillah..sonok anak gamai2 ni...bikin pening kepala..hehehe

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.053235 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top