Baru-baru ini tular di laman sosial dengan dakwaan pelajar universiti sangat mudah untuk hantar gambar bogel kepada pihak tertentu. “Universiti pusat menghantar nudes (gambar bogel),” demikian dakwa seorang individu.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter, individu berkenaan mendakwa budaya ‘gambar bogel’ ini wujud dalam kalangan mahasiswi. Lebih mengejutkan apabila seorang pemuda membuat pengakuan mendakwa dia sendiri menerima puluhan gambar bogel pelajar perempuan. “Budaya hantar gambar bogel tu memang real. Aku je dah pernah tengok gambar bogel lebih 25 perempuan berbeza yang rela hati hantar kepada aku,” katanya. Tanpa perlu membuat tawaran lumayan seperti wang ringgit, mereka nampaknya mudah untuk membuat perkongsian ‘nakal’ itu secara sukarela. “Aku tak kaya, rupa biasa je. Hidung mancung ada jambang. Semua gambar bogel tu dapat bukan sebab aku belanja mereka.
“Aku memang jenis bukan belanja duit untuk perempuan. Dan semua tu degree holder... para wali jaga la anak dara anda sebaiknya,” katanya lagi menitipkan pesanan untuk mereka yang mempunyai anak perempuan. Malah pengakuan tersebut turut dipersetujui seorang individu yang berkongsi pengalaman sama mendakwa menerima gambar bogel daripada rakan sekelas. “Dulu masa ada grup projek (tugasan kuliah) sekali dengan perempuan ni, aku belanja makan satu grup. Malam tu dia hantar gambar tunjuk payudara, haram betul,” luahnya. Di ruangan bebenang, netizen turut mengakui budaya menghantar gambar bogel yang menjadikan wanita sebagai mangsa begitu membimbangkan. Pada masa sama, timbul tanda tanya apakah yang dilakukan pemuda itu sehingga puluhan pelajar perempuan sanggup merakam dan menyerahkan gambar bogel mereka. “Entahlah apa la dia ni buat sampai 25 perempuan tu rela hati nak hantar gambar bogel. “Ada je kes lelaki tak buat apa-apa pun. Sekarang ni ramai perempuan jadi pemangsa seksual. “Dan mereka masih giat play victim (menjadi mangsa) dengan menyalahkan lelaki,” komen netizen. Malah, segelintir netizen meneka kemungkinan jejaka misteri itu berkhidmat sebagai pensyarah kerana pelajar sanggup menghantar gambar tidak senonoh itu demi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan atau tugasan mereka. “Entah-entah dia pensyarah. Mereka perlu markah penuh untuk peperiksaan,” komen netizen lagi. Sebagai peringatan, menyebarkan gambar bogel boleh disabit kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali. -CARI Sumber: mStar
|
Themilo replied at 28-7-2023 02:36 PM
masa weols study sekitar 20 tahun dulu, weols duk hostel, sebilik 4 orang. 3 orang roomates weols, s ...
Pajeri_Nenas replied at 28-7-2023 09:40 AM
Yg study pengajian Islam pun sama naik miangnya
Themilo replied at 28-7-2023 02:36 PM
masa weols study sekitar 20 tahun dulu, weols duk hostel, sebilik 4 orang. 3 orang roomates weols, s ...
ADVERTISEMENT