CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Eh, Kau Siapa?' - Azmin Setuju Debat Dengan Rafizi Tapi Dengan Syarat

28-7-2023 02:03 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2796| Komen: 16

Setuju untuk berdebat dengan Menteri Ekonomi, bekas Menteri Kanan Kluster Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun meletak syarat bahawa Rafizi Ramli perlu membuktikan terlebih dahulu telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.


"Sebab itu wahai Rafizi, saya bersedia berdebat dengan saudara dengan syarat buktikan dahulu kamu berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.


FB

"Pertama turunkan harga minyak terlebih dahulu. Bukan saya janji, kamu yang janji. 'Hari ini saya jadi Perdana Menteri, esok minyak turun....dah turun belum? Kalau belum turun, turunkan dulu baru jumpa aku," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pengenalan Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawa Gombak, pada Khamis malam.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor berkata, beliau mempunyai rekod inisiatif dilaksanakan dalam mengemudi Selangor dan ketika menjadi Menteri dahulu.


Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR ketika menyampaikan ceramah Jelajah Madani di Sri Tanjung, Port Dickson pada Selasa, telah mencabar Mohamed Azmin berdebat mengenai ekonomi Malaysia sekiranya pemimpin Perikatan Nasional itu berani.



Susulan itu, Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail telah memberikan kesediaan untuk menerbitkan debat antara Rafizi dan Mohamed Azmin.

Surat jemputan mengenai debat berkenaan juga telah dihantar kepada kedua-dua belah pihak.

Pada Rabu lalu, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Ekonomi, Mohd Rashidi Ruslan telah mengesahkan bahawa Rafizi bersetuju menerima jemputan 'Debat Ekonomi Malaysia' Mohamed Azmin.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 28-7-2023 02:10 PM
ada lagi ke yg sokong si jemil al bughit nehh? soklan serius nehh...
Quote Samerosie 28-7-2023 02:14 PM
Si jemin ni pun apa pencapaian dia? Dia masuk lap kaki je TSKI yg managed selangor sampai jadi cash rich and debt free.
Quote cikatilia 28-7-2023 02:49 PM
azmin.. ko sapaaaa
Quote Decaffeinated 28-7-2023 05:22 PM
Sikitnya audience
Quote tripleid 28-7-2023 05:25 PM
Cam bodoh je alasan takmo debat ..dah takut tu ngaku je lahhh


IMG_20230707_173928.jpg
Quote MissYouSayang 28-7-2023 05:30 PM
Nak debat buat apo , dua2 sangkak jah..baik pi ukur penis ,tgk sape paling pjg dia la menang
Quote anony-mous 28-7-2023 06:15 PM
MissYouSayang replied at 28-7-2023 05:30 PM
Nak debat buat apo , dua2 sangkak jah..baik pi ukur penis ,tgk sape paling pjg dia la menang

Kan. Dua2 hauk. Baik la aku tgk najib vs atok who r yus sgt 2 ekoq ni
Quote koko12 28-7-2023 06:36 PM
dah takut tu ngaku je lahhh
Quote oggy 28-7-2023 06:37 PM
Dua2 tak boleh pakai, buang masa je kalau ada yg nak melayan debat diorang ni.
Quote Samerosie 28-7-2023 06:48 PM
tripleid replied at 28-7-2023 05:25 PM
Cam bodoh je alasan takmo debat ..dah takut tu ngaku je lahhh

Kan i ckp. Dia ingat rakyat selangor tak tau ke.  Bila dia masuk habis semua kena kebas.  Penat usaha TSKI.  Arwah was a businessman dia dulu chairman guthrie he ran selangor like a business sampai rezab increased to over rm3 billion.  Dapat kat si jemi terus habis mcm tu je.  

Sedih dulu baca dia punya farewell speech siap terima kasih kat rakyat selangor.
Quote xy_daen 28-7-2023 07:08 PM
Koser nak kesah la
Quote Innrukia 28-7-2023 10:19 PM
dedua ni kena sandarkan pada kenangan
Quote Rogue98 28-7-2023 10:56 PM
Tak payah syarat lah ..kau pun tak perform...harapkan BN develop negeri Selangor lepas PH ambik alih ...ekonomi selangor stagnant jer...siap dgn masalah air...harga rumah mahal nak mampus...makin banyak bina condo tapi kosong jer...hantu duduk.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-10-2024 08:31 PM GMT+8 , Processed in 0.294035 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top