CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Tuntut Pembelaan Bayi 6 Bulan Mati Dalam Jagaan Pengasuh

28-7-2023 01:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2470| Komen: 7

Sepasang suami isteri mendakwa anak bongsu mereka yang berusia enam bulan meninggal dunia dalam jagaan pengasuh dalam kejadian 15 Julai lalu.

Justeru, Patricia Lau Hui Ling, 32, dan suami, Chew Chin Siong, 33, menuntut pembelaan berhubung kematian Chew Hau Xuan.


Menurut Patricia, kejadian berlaku ketika dia dimaklumkan pihak pengasuh melalui panggilan telefon pada pukul 12.58 tengah hari pada hari tersebut.


Add Image Caption Here


Katanya, dia menghantar mangsa ke rumah pengasuh yang berjarak hanya kira-kira 15 minit dari kediamannya di Permas Jaya, di sini pada pukul 7.30 pagi, sebelum terus ke Singapura untuk bekerja.

“Tiga daripada empat anak saya dihantar ke rumah pengasuh itu sejak Mac lalu. Selepas menghantar mereka saya terus memasuki Singapura untuk bekerja sebagai seorang kerani di syarikat swasta di sana.

“Kemudian pada pukul 12.58 tengah hari, pengasuh menelefon dan memaklumkan bahawa anak saya mengalami sesak nafas. Saya terus menghubungi suami yang masih di rumah ketika itu untuk bergegas ke tempat pengasuh.


“Suami saya beritahu, setibanya dia di tempat pengasuh, anak saya diletakkan di atas but sebuah kenderaan di hadapan kediaman pengasuh, dan dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Permas Jaya, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Pertubuhan Prihatin Cinta Malaysia, Syed Othman Syed Abdullah.

Tambah Patricia, suaminya, Chew Chin Siong, 33, kemudian membawa anak mereka ke sebuah hospital swasta sebelum dimaklumkan bahawa bayi lelaki berkenaan telah meninggal dunia.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian berkenaan.

“Polis sedang menunggu keputusan bedah siasat mangsa, namun buat waktu ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi pemberita. 


Sumber: KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 28-7-2023 02:30 PM
Kesiannya..
Moga ada keadilan buat keluarga mangsa..
Quote supernaturalee 28-7-2023 03:29 PM
klu org kita...reda je lah


Quote BumpIQ 28-7-2023 03:37 PM
Bayi 6 bulan mati dalam jagaan pengasuh?

Harap2 bukan mek yah
Quote Decaffeinated 28-7-2023 05:40 PM
Sesekali dapat baca berita cina. Asik2 melayu ja kena.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 12:20 AM GMT+8 , Processed in 0.054727 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top