Media sosial kecoh bila wajah kekasih Mia Sara Shauki sebijik sama macam influencer dan juga editor video tempatan Sofyank. Mia Sara pada mulanya memuat naik gambarnya dengan kekasih di Twitter mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang keliru, menyangka Sofyank yang sudah berkahwin berlaku curang. Disebabkan kecoh dan tak mahu sebarang salah faham berlaku, Sofyank tidak mendiamkan diri dan memuat naik pula gambarnya dengan isteri.
“Nampak sama, tapi itu bukan saya gais. Kalau saya dalam gambar bawah ni,” ciapnya. Di ruangan komen tweet Sofyank itu, Mia Sara meminta maaf atas kekecohan yang berlaku, lebih menghiburkan, Mia Sara memberitahu nama kekasihnya itu juga Sufiyan. Ramai juga yang teringin lihat kedua-dua jejaka itu untuk berkolaborasi dalam satu video yang sama. -CARI
|
Kurex replied at 28-7-2023 04:41 PM
Mia sara ni sape?
mizruncing replied at 28-7-2023 04:28 PM
lawa gak wife sofyank influencer tuu
Suchi replied at 28-7-2023 09:06 PM
Mmg lawa, fesyen dia pun tak serabut mengarut walaupun masa pi coti kat oversea.
ADVERTISEMENT