CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Batal Majlis Kahwin Sebab Pengantin Lelaki Terhuyung-hayang Mabuk Ketika Upacara

28-7-2023 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2233| Komen: 5

Tindakan lelaki minum minuman beralkohol sehingga mabuk menyebabkan pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka di Uttar Pradesh, India.

Times of India melaporkan, pengantin lelaki kelihatan mabuk sewaktu upacara 'Jai mala' diadakan.



Gambar hiasan

Insiden itu berlaku di kampung Tiwari Patti di daerah Kushinagar, Uttar Pradesh.

Pengantin lelaki berasal dari kampung Bhalpatti di daerah Darbhanga, Bihar manakala pasangannya dari kampung Tiwari Patti.

Resepsi perkahwinan mereka diadakan pada 2 Jun lalu.

Majlis berjalan lancar sehingga pengantin perempuan mendapati pengantin lelaki mabuk dan terhuyung-hayang ke atas pentas untuk upacara yang menjadi tradisi perkahwinan utama India.

Pengantin lelaki kelihatan seperti berada di bawah pengaruh alkohol dan menyebabkan pasangannya geram melihat aksi berkenaan.


Keluarga pengantin perempuan juga terkejut dan berang selepas melihat gelagat pengantin lelaki.

Pengantin perempuan dilihat menangis teresak-esak dan majlis perkahwinan terpaksa dihentikan akibat insiden itu

Difahamkan, banyak perbincangan diadakan membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat mencapai kata sepakat.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 28-7-2023 04:16 PM
takmo kawen kot yg laki tu
Quote mek_jah 29-7-2023 11:01 AM
nampak sangat tak serius mabuk sebelum majlis kawen

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.029893 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top