CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Maut, Seorang Hilang Dan Puluhan Cedera Tempat Simpan Bijirin Meletup

28-7-2023 01:37 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1834| Komen: 5

Sekurang-kurangnya lapan maut manakala puluhan lagi cedera dan seorang hilang selepas letupan silo bijirin di sebuah koperasi pertanian di selatan Brazil pada Khamis.

Letupan berlaku di Koperasi C.Vale di bandar kecil Palotina, kira-kira 600 kilometer dari ibu negeri Curitiba.



Al Jazeera

Menurut pegawai bomba, anjing pengesan sedang membantu mencari pekerja yang hilang yang berpotensi terperangkap di bawah timbunan bijirin.
Katanya lagi, puluhan individu telah dibawa ke hospital kerana kecederaan.

Presiden kumpulan Koperasi Ladang Parana, Jose Ricken memberitahu pemberita bahawa ia adalah kes terpencil dan tiada kejadian serupa berlaku di kawasan itu "dalam masa yang lama".

Ricken enggan membuat spekulasi mengenai punca letupan, menangguhkan soalan kepada pihak berkuasa kerana siasatan masih diteruskan.

Pakar mengatakan zarah habuk bijirin sangat mudah terbakar dan boleh menyebabkan kebakaran atau letupan di ruang terkurung seperti kemudahan penyimpanan bijirin.



Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 29-7-2023 11:02 AM
yang hilang tu harapnya bukan sebab hancur dalam letupan la
Quote Tinot7 29-7-2023 11:12 AM
Takziah kpd keluarga..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063052 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top