CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Curi Motosikal Demi Ibu Sakit Tak Dapat Lari Dari Dicekup

28-7-2023 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1750| Komen: 4

Seorang pemandu dari Palembang, Sumatera Selatan, dicekup polis selepas mencuri motosikal.

Katanya, dia berbuat demikian untuk menampung kos rawatan dan membeli kerusi roda buat ibunya yang menghidap angin ahmar.


Tribunnews melaporkan, suspek, Salmon Panggabean, 34, melakukan perbuatan itu pada 21 Julai lalu kira-kira jam 6 petang.


Detik

"Keadaan di depan rumah mangsa agak gelap.

"Ketika mangsa sedang duduk di depan rumahnya, suspek melakukan perbuatannya," kata Ketua Polis Sako, Sulis Pujiono.

Mangsa yang menyedarinya terus menjerit dan mengejar suspek.

Usahanya berhasil apabila mangsa dapat menangkap suspek dengan bantuan penduduk setempat.

Berikutan itu, suspek didakwa mengikut seksyen 363 Kitab Undang-Undang Hukum Pidana (KUHP) atas kesalahan mencuri.

Ketika disoal siasat, Salmon mengaku nekad mencuri motosikal kerana terdesak dan memerlukan wang bagi membeli kerusi roda untuk ibunya yang menghidap angin ahmar.


"Saya tiada duit dan perlukannya untuk menampung kos rawatan ibu dan beli kerusi rodanya.

"Baru pertama kali saya mencuri motosikal dan belum pernah masuk penjara sebelum ini," katanya.


SUmber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mek_jah 29-7-2023 11:03 AM
Siapa pulak nak jaga mak kau lepas ni

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.087884 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top