CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Tiba-tiba Muncul Di Balai Polis Lepas 4 Tahun Hilang

28-7-2023 01:25 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3100| Komen: 9

Remaja perempuan tiba-tiba muncul di balai polis di Montana, Amerika Syarikat (AS) selepas hampir empat tahun hilang tanpa khabar berita.

Mirror UK melaporkan, Alicia Navarro berjalan masuk ke balai polis itu kira-kira 1,609 kilometer (km) dari rumahnya di Arizona dan 64 km dari sempadan Kanada.



New York Post

Alicia memperkenalkan dirinya sebagai gadis yang hilang dari Arizona sekali gus memberi kelegaan untuk keluarganya selepas sekian lama mereka terpisah.

Gadis itu dilaporkan hilang pada September 2019 hanya beberapa hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-15 dan keluar dari rumah keluarganya tanpa sebarang penjelasan.

Sebaliknya, Alicia hanya meninggalkan nota tulisan tangan yang mengatakan dia melarikan diri tetapi akan kembali.

Kehilangan Alicia itu membuatkan hati ibu bapanya luluh kerana hampir empat tahun tidak tahu perkembangan anak mereka itu.


Jurucakap polis Glendale, Scott Waite, berkata, Alicia adalah mangsa dan komited untuk memberikan sokongan serta perkhidmatan kepada gadis berkenaan.

Katanya, Alicia juga ditemui dalam keadaan baik dan tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan.

"Saya beranggapan Alicia berasa sekarang adalah waktu yang tepat sama ada secara emosi, mental dan dia mahu mengambil langkah seterusnya dalam hidupnya.

"Dia menyatakan keinginan untuk maju dalam kehidupan," kata Waite.

Jurucakap polis Glendale, Jose Santiago mengadakan sidang akhbar dan mengesahkan bahawa Alicia selamat, sihat dan gembira berdasarkan penilaian awal.

Santiago turut menyangkal andaian ibu Alicia, Jessica Nunez, yang percaya bahawa anak perempuannya, menghidap spektrum autisme berfungsi tinggi kerana terpikat dengan seseorang dikenalinya dalam talian.

Hasil soal siasat, Alicia memaklumkan kepada polis bahawa tiada siapa yang mencederakannya semasa kehilangannya.

Polis pula berusaha mencari punca kehilangan Alicia tetapi belum berjaya dan gadis itu meminta namanya dikeluarkan daripada senarai kanak-kanak yang hilang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 28-7-2023 01:28 PM
Macam cerita mek yah melarikan diri di usia 18 tahun kemudiannya berjumpa semula dengan mak atas nasihat pak arab

_blackbird
Quote KamikuP 28-7-2023 02:52 PM
Sebelum jumpa muka ceria, dah jumpa muka psiko.. ee takutnya
Quote ally9970 28-7-2023 02:54 PM
so dia kemana selama 4 tahun tu?
Quote Skuau 28-7-2023 03:01 PM
mesti tinggi 'ilmu perang dia'.....4 taun bertapa.(dh..TAK bgtau dia pi mana)
Quote Yoonggi 28-7-2023 04:11 PM
apa ntah jd sepjg 4 thn tu smpai dr rupa ceria jd rupa masam camtu
Quote edayildiz 28-7-2023 10:43 PM
jgn psiko dh ler
Quote sharlenetexas 29-7-2023 02:07 AM
Dah cabut ke braces tu?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.030948 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top