Pelakon dan penyanyi, Anis Al Idrus mengesahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Aiman Rafzan sejak tahun lalu selepas perbincangan secara matang dan baik. “Ya, saya kini kembali sendiri. Alhamdulillah, Tuhan sudah susun dengan baik. Kita hanya mampu merancang tetapi Dia tahu apa yang terbaik.
“Kami berpisah secara baik tahun lepas. Syukur, semua urusan dipermudahkan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Ditanya mengapa mengambil masa yang lama sebelum mengumumkan berita tersebut, jelas pelakon Duda Terlajak Laris itu, dia memerlukan masa sendiri untuk bersedia mendedahkan perkara tersebut. “Bukan mahu merahsiakan tetapi bagi saya, cukup untuk keluarga dan teman-teman rapat tahu dahulu. Apabila sudah bersedia, saya umum,” ujarnya. Menerusi media sosialnya juga, Anis turut mengumumkan berita tersebut dan dalam pada masa yang sama meminta doa yang baik-baik daripada peminat.
“Kehidupan ini ada pasang surutnya dan saya bersyukur dengan jalan yang Tuhan tetapkan sehingga membawa saya untuk kembali sendiri. “Saya percaya dengan suratan, qada dan qadar Tuhan. Saya juga sedar, setiap yang berlaku ada hikmahnya,” katanya. Anis yang juga pengacara dan usahawan mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada 7 Julai 2017. Sumber: Utusan
|
dudaberhias replied at 28-7-2023 02:59 PM
ingatkan ain edruce... who is yuhhhhhhhhhhh.... (harap2 tiada makcik triggered)
KBW2 replied at 28-7-2023 03:00 PM
ex sabut nyoq kan ni?
lasagna replied at 28-7-2023 03:08 PM
sheol ex si sabut nyiok ghupanya kaka dud.
iols pun baru tau ni haa..
dudaberhias replied at 28-7-2023 03:15 PM
ya ampunn punya la sendu sampai iols pun baru tau dia ex si mamu sabut nyoq...
gambar ni nampak ma ...
dudaberhias replied at 28-7-2023 02:59 PM
ingatkan ain edruce... who is yuhhhhhhhhhhh.... (harap2 tiada makcik triggered)
Klassie replied at 28-7-2023 11:22 AM
Yg kawen pakai sneakers adidas tu kan
ADVERTISEMENT