CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Pemain MU Tuduh Cristiano Ronaldo Main Kerana Wang Semata-Mata

28-7-2023 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2832| Komen: 19

Cristiano Ronaldo dituduh bermain di kelab Arab Saudi semata-mata kerana wang.

Bekas pemain Manchester United, Odion Ighalo yang menjadi penjaring terbanyak dalam Liga Pro Saudi bersama pasukan Al-Hilal musim lalu mendakwa motivasi di sebalik keputusannya dan bintang lain bermain di Arab Saudi berpunca daripada tawaran gaji lumayan.



IG

Dalam temu bual dengan OmaSportsTV melalui Sportskeeda, Ighalo berkata: "Apabila anda masih muda, ya, anda bermain untuk minat. Ketika itu, anda tidak mementingkan wang.

“Tetapi pada usia saya, saya berada di peringkat akhir karier saya, saya tidak tahu sama ada ia akan menjadi satu, dua tahun atau bila tuhan akan menyuruh saya berhenti.

“Saya tahu ia tidak akan lebih daripada tiga tahun.

“Saya telah bermain dengan penuh minat sepanjang hidup saya, tetapi di penghujungnya segalanya kerana wang.


“Saya bukan salah seorang pemain yang datang dan berkata saya bermain kerana minat. Akhirnya ia adalah kerana wang," katanya.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya bercakap mengenai Ronaldo, yang dilaporkan menerima £173 juta (RM1 bilion) setahun di Al-Nassr dan jauh mengatasi kontrak Lionel Messi di Inter Miami.

“Adakah Ronaldo masih bermain kerana minat? Ronaldo telah memperoleh 100 kali ganda lebih daripada yang saya perolehi sepanjang hidup tetapi dia pergi ke Arab Saudi.


IG

“Adakah dia melakukan itu kerana minat? Ini semata-mata kerana wang," katanya.

Sejak tiba di Timur Tengah, Ronaldo telah menjaringkan 14 gol dalam 19 perlawanan untuk Al-Nassr.

Ketibaannya telah membuka pintu kepada bintang lain untuk menyertai kelab Arab Saudi iaitu Karim Benzema, N'Golo Kante dan kapten Liverpool, Jordan Henderson.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Firenzza 28-7-2023 12:00 PM
Ofkos la sbb duit....sementara blh pulun 2@3 tahun lg.....dah la dpt segala kemewahan nama plk disanjung2 x mcm bekas kelab lama asyik kena kutuk
Quote shernazz 28-7-2023 12:07 PM
Sape je yang.main.utk.amal.jariah
Kau.ingat MCM budak2 main bola kat Padang Taman mainan.ka
Quote Thunderclouds 28-7-2023 12:24 PM
Dengki letteww
Quote zarulnazmi 28-7-2023 12:34 PM
If you're good at something. Never do it for free.

Bermain untuk semangat kesukanan atau minat? Itu lebih baik dipanggil hobi. Tunjukkan kecemerlangan setanding dengan harga yang diterima.
Quote Zeatyisaac 28-7-2023 07:36 PM
Habis tu, main untuk apa? Hadiah Tupperware ke?
Quote Lagubestbest 28-7-2023 08:22 PM
Mende merepek ni. Dah MU cancel dia, kemudian kelab2 lain kata dia dah tua la apa la offer maybe ada la kut dari kelab lain dan seluruh dunia tapi maybe offer downgrade sangat, saudi pula nak siap bagi duit banyak dia rembat jela.
Quote antikorok 28-7-2023 08:46 PM
Kuat namampos bau2 PHD

Sukati dia ler nak main kat mana, ada nama, ada bakat, sanjungan ummah donia lagik.

You wishh khenn. Butthurt letewww tak mampoo nak pemes mcm CR7
Quote Skuau 28-7-2023 08:50 PM
Pada akhirnya....1 pasukan dgn KUASA WANG akan menang sepanjang zaman....sapa nak tengok lagi..bila dah tahu keputusannya...dimana 'thriller' sesuatu perlawanan itu....baik tido.
Quote Tinot7 28-7-2023 08:53 PM
Biaq pi la dia main sana.. dah kena tanggung anak2 ramai2 maa..
Quote Skuau 28-7-2023 08:53 PM
Hipokritnya komen memasing..sedangkan kt ibu pertiwi...ni...boleh pulok depa 'membebel' pasai pasukan tu.
Quote Samerosie 28-7-2023 08:55 PM
Tajuk misleading giler.  Bekas permain Mu, Odion tu (eh eh tempat dating nengok wayang zaman dolu2.. .tiber) dia ckp bila sampai satu masa you main for money dia mengaku dia pun sama. Pastu kan dia ckplah so cr7 tu pun main for money juga takanlah dah sampai tahap tu nak main for pingat plastic dgn hamper dr giant lak kan.  

Sama lah dgn kita ni, in terms of kerjaya makin experience makin demand salary.  Takan kita dah ada 30 yrs experience kita sanggup kerja nak gaji rm5ribu je kan.  
Quote brego 28-7-2023 08:58 PM
Edited by brego at 28-7-2023 09:01 PM

jeles lettew
ighalo who?

Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya bercakap mengenai Ronaldo, yang dilaporkan menerima £173 juta (RM1 bilion) setahun di Al-Nassr dan jauh mengatasi kontrak Lionel Messi di Inter Miami.

salah fakta ni, messi maybe gaji tak tinggi,
tapi komisyen & endorsement dia boleh jadi biliyun
he owns MLS
other team and players literally pay him to play in the league
Quote brego 28-7-2023 09:00 PM
MESSI CAREER EARNINGS TO REACH $1.6B WITH MIAMI MLS DEAL

Lionel Messi is coming to MLS. He’s signing with Inter Miami, and the agreement is worth up to $150 million over two-and-a-half years before additional compensation from MLS partners Adidas and Apple—plenty of scratch for grocery runs to Publix.

The Miami pact is the latest in a career of blockbuster paydays on and off the field. By the end of 2025, Messi’s career earnings will reach an estimated $1.6 billion, including playing salaries, bonuses and endorsements. His tally ranks among the five highest in the history of sports.

Messi’s Miami deal is worth between $50 million and $60 million per year from his salary, signing bonus and equity in the team. It is on par with what the top earners in the NBA and NFL make in salary. Two-time NBA MVP Nikola Jokic’s current deal is worth $55 million a year on average, while 2019 NFL MVP Lamar Jackson is at $52 million.




https://www.sportico.com/personalities/athletes/2023/lionel-messi-career-earnings-billion-mls-1234730823/
Quote batmana 28-7-2023 09:26 PM
Abis main bola kena sebab apa plak klu bukan psl duit?hahahaha
Quote _blackbird 28-7-2023 09:31 PM
cr pon byk tanggungan, ketua keluarga dgn anak berderet2, beli beras pon kena pakai duit juga.

Quote mojarean_X 31-7-2023 12:43 AM
Hbs nk main sbb apa?

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-10-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.495514 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top