CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bukti Bukan Sekadar Artis Penuh Kontroversi, Yazmin Aziz Bangga Dapat Menyanyi Di Hadapan Presiden Filipina

28-7-2023 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6059| Komen: 50

Yazmin Aziz gembira dan bangga apabila diberi peluang membuat persembahan di hadapan Presiden Filipina iaitu Ferdinand Marcos Jr. dalam sebuah acara di ibu negara itu Selasa lalu.

Katanya dia gementar apabila diminta menyanyikan lagu berjudul Bituing Walang Ningning nyanyian asal Sharon Cuneta atas permintaan isteri Marcos sendiri iaitu Louise Araneta.


Foto: IG

"Pada awalnya saya dipanggil pihak kedutaan Filipina untuk membuat persembahan. Tak sangka ia adalah pentas utama di hadapan presiden.

"Saya memang teruja tapi bayangkan saya diminta menyanyikan lagu kegemaran first lady, saya hanya sempat hafal lagu itu dalam tempoh dua hari!" katanya  kepada mStar.


Yazmin dijemput membuat persembahan pada acara makan malam anjuran keduataan negara itu di sebuah hotel pada Selasa sempena lawatan rasmi Ferdinand ke Kuala Lumpur.

Ini bukan pertama kali Yazmin diberi peluang sebegini kerana dia pernah tampil menghiburkan presiden Rodrigo Duterte sempena lawatan kerja di KL pada 2016.


Melihat ia sebagai satu kenangan terindah, bagi Yazmin peluang sebegini juga dilihat sebagai satu tanda aras buatnya mengukuhkan nama dalam industri.

Penyanyi ini memberitahu dia sempat bertentang mata dan merakamkan gambar bersama Louise.


"Kata orang ketika berada di atas pentas jangan lihat ke arah presiden dan isterinya bagi hilangkan rasa gementar. Tetapi saya tidak mahu lepas peluang untuk melihat reaksi kedua mereka.

"Tak sangka isteri presiden menyanyi bersama ketika itu. Saya juga sempat bergambar dengan wanita nombor satu di Filipina itu," ujarnya.

Tambah Yazmin melakukan persembahan di hadapan kenamaan seperti ini juga membuktikan dia bukan artis yang hanya dikenali dengan kontroversi.


"Saya dah buat banyak persembahan di merata tempat. Malah menjadi wakil Malaysia ke peringkat antarabangsa.


"Orang masih lagi bercakap tentang kontroversi. Harap ada sesuatu yang membanggakan seperti ini boleh menjadi bualan ramai," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote codenamedream 28-7-2023 11:44 AM
Tak sedap dik. Vibrato bertan tan
Dahlah chuols nyanyi selalu off tempo
Quote Paiya 28-7-2023 11:51 AM
iakah satu kebanggaan?
Quote missHaidiD 28-7-2023 12:01 PM
Bdn bagak cm ponen
Quote Komenga 28-7-2023 12:01 PM
penyanyi ke dia rupanya? apa lagu dia? cuma tau cerita ketiak dan boyfriend yg tak habis habis je.
Quote wannoorazlina 28-7-2023 12:18 PM
tak pernah minat dia sebab rasa over..
start femes kat tiktok and ig sbb dia boleh berbahasa tagalog kan?
pastu seksi tak kira tempat.. dan tukar boyfren mcm tukar baju
Quote _kelly 28-7-2023 12:21 PM
try hard sangat
Quote dudaberhias 28-7-2023 12:23 PM
garaunya suara ya ampunnnn macam pondan menyanyi... muka pulak memang macam pondan tak siap...

baik bubuh mesin tebu je atas pentas tu... kaka yakin mesin tu lagi mampu menghiburkan presiden filipina tu...

Quote Belibis 28-7-2023 12:23 PM
Sajat lagi nampak wanita dari ko dik.[em:3:]
Quote azimodin 28-7-2023 12:42 PM
Kepamnya dikkkkk
Quote Kampungpeoplesz 28-7-2023 12:59 PM
Rengsek btul kalau dgr vibrato gegar2 ni xtau nape
Quote jiwakacau06 28-7-2023 01:04 PM
sila pindah ke Filipino....
sapa ja retis pinoy yg hot skrg ni...
Quote hasniey 28-7-2023 01:12 PM
Alamak kenapa xsedap.dia nyanyi kt tiktok mcm sedap
Quote youell 28-7-2023 01:18 PM
Sorry..xmerdu.. xboleh nak berbangga..Rasa malu pun ye.
Quote edayildiz 28-7-2023 01:22 PM
apesal mix dia xcantik mcm liza soebrono ke apa tu..
Quote mawarkhayalan99 28-7-2023 01:38 PM
pekat betol rupa filipino sheols
Quote pocongkiutss 28-7-2023 01:41 PM
Kenapa posing nampak ketiak camtu
Quote sofi_sofia 28-7-2023 01:43 PM
teruknya vibrato dia .. awal2 nyanyi terus vibrato ko dah kenapa ...
Quote I.K.A888990 28-7-2023 01:50 PM
boleh amik gambar tunjuk tiak dgn yasmin hani ni
Quote chilly 28-7-2023 04:44 PM
Bf lagi nampak feminin dr dia.

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.243395 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top