CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sesuaikan Diri Jaga Ibu Sakit, Azhan Rani Pesan Kena Buang Rasa Malu, Kotor Atau Geli Nak Bersihkan Najis, Pakai Lampin

28-7-2023 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4137| Komen: 17

Ibu Azhan Rani yang dilaporkan pengsan tiga kali di rumah kini masih dirawat di hospital.

Kata pelakon itu, dia perlu menjaga ibunya yang kini berusia 77 tahun dan masih menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut serta berharap ibunya kembali pulih.



IG

“Saya mengharapkan dia kembali seperti dahulu tapi memang susah dengan keadaan dan umur terkini dia yang tak segagah dahulu.

“Sekarang ibu saya dah tak boleh berdiri, bangun dan jalan seperti dulu. Kena diuruskan semuanya, pakai lampin dan sebagainya.

“Kena lebihkan masa pada dia tapi dalam masa sama saya perlu bekerja juga untuk sara kehidupan. Jadi saya dalam proses untuk menyesuaikan diri,” katanya ketika ditemui XTRA, baru-baru ini.

Berkongsi lebih, Azhan memaklumkan pelbagai jangkitan boleh terjadi kerana ibunya kini hanya baring sahaja dan sedang menjalani rawatan fisioterapi dan pemulihan.


“Ibu saya mengalami darah rendah, kencing manis tapi semuanya terkawal. Tempoh hari dia jatuh tiga kali di rumah dan sebelum ini juga pernah jatuh. Selera makan dan berat badan juga dah kurang.

“Lagi dia ada jangkitan di paru-paru, hati dan hempedu. Sekarang ini dia hanya baring sahaja dan potensi untuk berjangkit dengan macam-macam lagi penyakit itu tinggi.

“Sekarang ini dia hanya rehab untuk terima keadaan sekarang dan fisioterapi sahaja,” kongsinya lagi.


IG

Dalam pada itu, pelakon drama fenomena Nur itu mengakui emosinya bercampur baur malah sudah boleh menerima keadaan tersebut.

“Kami adik-beradik bergilir untuk jaga ibu, saya ambil keputusan untuk bermalam sahaja sebab saya tak berkeluarga jadi saya ada ruang dan masa yang lebih.

“Emosi bercampur baur itu memang sentiasa ada, antara watak dan diri sendiri ia dua emosi yang berbeza. Sampai hari ini saya dah boleh terima keadaan ini. Kadang-kadang saya jaga ibu saya pun rasa macam berlakon.

“Tapi saya selalu pesan pada diri saya yang ini bukan berlakon,” kongsinya.

Azhan turut menitipkan pesan buat semua agar buang rasa malu untuk menjaga ibu yang sedang uzur.

“Nak uruskan ibu yang sudah tua dan sakit sememangnya bukan mudah. Apatah lagi bila anak-anak lelaki nak menjaga orang perempuan.

“Kena buang rasa malu, kotor atau geli nak bersihkan najis. Anak-anak di luar sana, kalau kita rasa itu susah, itulah yang ibu kita hadap dahulu,” titipnya.


Sumber: Xtra

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Aneem 28-7-2023 11:05 AM
Dia ni ummah dlm lemarikah?
Quote annabellaruz2 28-7-2023 11:16 AM
Aneem replied at 28-7-2023 12:05 PM
Dia ni ummah dlm lemarikah?

Rasa nya tak berdenting pun uols.
Tp iols salute heols rajin layan emaknya. Bawa mak heols jalan2 sana sini.
Untung mak heols. Klu heols dh bekeluarga, mungkin heols tak dapat nak layan mak heols mcm skrg.

Semoga heols berjodohan dengan yg memahami situasi heols yg kena jaga mak heols.

btw, meols layan kebanyakan drama2 lakonan heols sbb apa saja watak mmg menjadi.
ustaz Madi la paling jilaker... kena betul...hahaha
watak heols dlm teman lelaki upahan pun sama jilaker.
tp klu nak lawak, layan la drama budak ijat dgn amy mastura tu..kikiki



Quote lasagna 28-7-2023 11:51 AM
bagus lahh.. tu kan syurga. jaga lah Mak sementara masih ada.
tapi dia ni rajin jumpa mak, bwk mak jln2..
Quote jihyomelly 28-7-2023 11:57 AM
bagus anak2 yg menjaga kedua ibu bapa…berbakti lah sementara boleh..
Quote ibu_haritz 28-7-2023 12:03 PM
annabellaruz2 replied at 28-7-2023 11:16 AM
Rasa nya tak berdenting pun uols.
Tp iols salute heols rajin layan emaknya. Bawa mak heols jalan2  ...

hahaha kann..dlm TLU tu dia pair dgn Jay Iswazir jdk jahat..mmg ngam
Quote dudaberhias 28-7-2023 12:21 PM
Aneem replied at 28-7-2023 11:05 AM
Dia ni ummah dlm lemarikah?

tengok penampilan dia macam ye...
mungkin top kot...




Quote HoneyManjer 28-7-2023 12:23 PM
heols single lagi eh...
haritu jumpa kat kedai kepok leko...
herloks juga...
kalau tau single mintak nombo tipun tuari
hahahahahahaha
Quote kuzaime 28-7-2023 12:58 PM
Rezeki dia dapat jaga, dapat berbakti utk maknya, lubuk pahala tu..
Quote Chah21 28-7-2023 01:17 PM
Alhamdulillah rezeki mak dia.. tgok kt spital tu jarang la nk tgok ank lelaki jaga, suami jaga isteri sakit.. yg isteri jaga suami sakit ramai.. klu xde yg jga,mesti org tanya isteri mana.. klu yg tanya suami mana,, 1 dalam 100..  kbyakan ank yg tlg cuci lampin mak ayah ni mostly perempuan.. tp lg byk yg panggil misi cuci pampers mak ayah.. diorang duk tepi je.. smbil komplen.. kt gov la.. private mmg misi kena buat
Quote talapia 28-7-2023 01:22 PM
beruntung sebenarnya masih single, berkemampuan untuk jaga mak dia yang dah tua.
kadang kita ni.. bukan taknak jaga mak dah tua ke apa.. tapi bila kita dah berkeluarga.. ada anak2 yang juga perlukan perhatian kita.. jadi susah nakbagi tumpuan tu sepenuhnya untuk mak.

Macam dia.. kira income dah ok.. rajin dia bawak mak dia jalan2 cari makan entah ke mana2 ceruk pon dia pegi bawak mak dia. Now dah mak dia terbaring aje.. tak dapatla tgk dia berjalan2 cari makanan sedap2 lagi.

Dia takde bini n anak nak kena jaga kat rumah.. boleh aje dia duduk berkampung kat hospital temankan mak dia. Dah umur2 mcm ni.. aku rasa dia n adik beradik pon dah bersedia...  selama mana kita bole menongkat langit kan.. so selagi ada kesempatan.. berbaktila..
Quote exclusive_vvip 28-7-2023 01:29 PM
Semoga dipermudahkan urusan & diberi kekuatan sentiasa..masa arwah my MIL sakit dulu sempat juga iols jaga, tukar pampers cuci najis bagai..smpi ada doktor cina terkejut bila dpt tau I cuma menantu..harap2 bila my own mom x sihat nanti, dpt la I jaga jugak..
Quote Dzahin_poch 28-7-2023 01:32 PM
dudaberhias replied at 28-7-2023 12:21 PM
tengok penampilan dia macam ye...
mungkin top kot...

I ingt kan i je rasa mcm tu.. i salu doa benda tu x btl kali i terfikir kat seseorang mcm tu huhu
Quote annabellaruz2 28-7-2023 01:54 PM
ibu_haritz replied at 28-7-2023 01:03 PM
hahaha kann..dlm TLU tu dia pair dgn Jay Iswazir jdk jahat..mmg ngam

hanat betul watak heols..hahaha

tp sedih plak watak heols dalam telefilem dgn raja atiq tu..lupa dah tajuk telefilem tu.


Quote ezacbee 28-7-2023 02:02 PM
Anak lelaki yg jaga mak ayah susah nak cari. Biasanya lepas tangan. Dia ni memang anak yg baik. Cuma menyampah tengok lakonam dia. Jahat sengal.

Quote pittjie 28-7-2023 03:22 PM
Chah21 replied at 28-7-2023 01:17 PM
Alhamdulillah rezeki mak dia.. tgok kt spital tu jarang la nk tgok ank lelaki jaga, suami jaga ister ...

masa arwah mak aku sakit kat spital ..aku & adik beradik mmg tak bergantung harap kat misi tuk tukar pampers and cebukkan mak tau. kdg2 tak sempat nak tukar dlm waktu melawat sbb ada je org dtg melawat .. sehabis waktu melawat mmg aku terus cebukkan mak aku & ganti pampers dia. mmg selalu la kena marah guard sbb masih kat wad waktu melawat dah habis. guard tu pulak mmg tepat je pukul 7 .. mesti terus ke katil mak aku punya la. tak sabar2 nak marah & halau aku. ni time turn adik aku jaga mak waktu malam la. kdg2 dia dtg lewat kan. nak tunggu adik dtg tak sampai hati biarkan mak dgn pampers belum berganti. apa nak jijik dgn najis mak kita sendiri. dulu kita kecik2 dia dah buat semua tu tuk kita.

Quote Chah21 29-7-2023 01:06 AM
pittjie replied at 28-7-2023 03:22 PM
masa arwah mak aku sakit kat spital ..aku & adik beradik mmg tak bergantung harap kat misi tuk tuk ...

Salute..mesti u lelaki kn sbb smpai guard dtg.. teramat jarang jmpk ank soleh mcm u ni.. rezeki u dpt pahala byk,rezeki mak u dpt ank2 mcm u.. tula bila tringat balik situasi kt wad adui la kesian jgk sbb kdg wad full mmg nurse terpksa tutup mata bab pampers walaupun ada penjga tp kbanyakan harap ke misi buat ... Ada tu mmg smpai merah la punggung sian lahai.. yg bg alasan xreti buat pon ada.. bila misi g buat,eh boleh pulak.misi dibiarkan buat sorg huhuhu.. dia buat sorg x boleh
Quote downiey 29-7-2023 06:13 AM
semoga mak azab cpt sihat

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.055993 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top