CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bekas Isteri Hafidz Rosdhi Sujud Syukur, "Terima Kasih Pada Allah Sebab Bagi Saya Rasa Jadi Isteri Orang"

28-7-2023 10:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2470| Komen: 0

Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, memberitahu perkara pertama yang ingin dilakukan selepas bergelar ibu tunggal adalah melakukan sujud syukur.

Tujuan melakukan sujud syukur sebagai tanda berterima kasih kepada Allah kerana mengizinkannya merasai nikmat bergelar isteri.


Foto: IG

"Perkara pertama saya nak buat lepas bergelar ibu tunggal, saya nak sujud syukur pada Allah. Terima kasih pada Allah sebab bagi saya rasa jadi isteri orang. Allah dah aturkan yang cantik,"katanya kepada OhBulan.

Shuhada berkata demikian sejurus proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada Khamis.


Semalam, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu.

Sebelum ini, Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu.


Bagaimanapun, lafaz cerai yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz cerai pasangan tersebut.

Sementara itu, prosiding hadanah yang berlangsung 11 Jun lalu juga gagal menemui jalan penyelesaian apabila Hafidz berubah fikiran disaat akhir dan akan bersambung pada 12 September depan.




Untuk rekod, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. -CARI

Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.025333 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top