Pelakon remaja Qistina Raisah mendedahkan dia dan Fikry Ibrahim berdepan situasi cemas apabila berlaku kemalangan kecil ketika penggambaran filem Rahsia. Kata aktres itu, kejadian berkenaan berlaku ketika mereka melakonkan babak dukung di atas tangga.
“Ada satu babak yang memerlukan saya basah, waktu itu dalam jam dua tiga pagi jugalah saya kena basah satu badan. “Kemudian papa Fikry kena dukung turun tangga tapi tangga itu agak extreme juga. Bila dah nak sampai bawah, tiba-tiba saya terjatuh sekali dengan papa,” kongsinya menerusi video di belakang tabir Rahsia. Dalam pada itu, video tersebut turut dimuat naik di akaun Instagram Astro Shaw. “Insiden penggambaran yang tidak disengajakan. Adakah ini hanya kebetulan atau wujud sesuatu yang mengganggu?” maklum kapsyen tersebut.
Video tersebut jelas merakamkan Fikry yang sedang mendukung Qistina secara tiba-tiba terjatuh dan menyebabkan kedua-dua terbaring di atas lantai. Kejadian itu juga turut mengundang rasa terkejut pelakon utama Rahsia iaitu Nabila Huda yang terus membantu menenangkan Qistina. Sumber: Gempak
|
rotiban replied at 28-7-2023 10:18 AM
si fikry ni dulu bukan dia kata berlakon taknak pegang2 ke?
ni siap berdukung lagi..apoooo
doubleA replied at 27-7-2023 10:32 PM
Watak marina ni remaja purba ke kenapa tak ambik yg kecil lagi
rotiban replied at 28-7-2023 10:18 AM
si fikry ni dulu bukan dia kata berlakon taknak pegang2 ke?
ni siap berdukung lagi..apoooo
dekmieDandy replied at 28-7-2023 12:07 PM
filem rahsia dulu tu, puasa kau nak tengok tak paham
last-last baca summary dekat wiki je
ezacbee replied at 28-7-2023 02:14 AM
Ni sama cam filem azura gak. Bakal terbenam.
Filem asal gak yg best.
Kangkung1M replied at 28-7-2023 03:01 PM
Filem remake paling hauk, Adik Manja Retuns. Dharma jadi pengarah dan hero.
ADVERTISEMENT