CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Tidak Akan Berjaya Fizikal, Mental Dan Kewangan Kalau Tidak Kerana Syed Shah Iqmal,"- Selesai Cuci Rahim, Hana Ismail Puji Suami

28-7-2023 09:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5233| Komen: 40

Hana Ismail selesai menjalani rawatan mencuci rahim selepas mengalami keguguran pada Rabu lalu di Hospital Pakar KPJ Kajang.

Hana atau Nurul Hana Ismail, 36, memberitahu dia juga sudah dibenarkan pulang dan akan berpantang di rumah.


Foto: IG

"Alhamdulillah pembedahan saya berjalan dengan baik berkat doa semua dan Hana dibenarkan keluar hospital hari ini.

"Insya Allah akan menjalani proses berpantang dan penyembuhan di rumah," katanya di Instagram.


Dalam rakaman video tersebut Hana juga dilihat tersenyum apabila suaminya, Da'i Syed menghadiahkan sejambak bunga ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Dalam pada itu, Hana meluahkan rasa syukur apabila Syed setia di sampingnya sepanjang proses berkenaan.

Jelas Hana, Syed adalah sumber kekuatan dia di saat kehilangan anak dalam kandungan yang baru berusia 10 minggu.


"Saya tidak akan berjaya secara fizikal, mental dan kewangan kalau tidak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi, dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ini.

"Dia bersama saya sepanjang masa hatta urusan di bilik air sekalipun! Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah dan kasih sayangMu dunia akhirat," luahnya.



Pada malam Rabu lalu, Syed memaklumkan Hana dimasukkan ke hospital kerana mengalami keguguran dan reda dengan kejadian tersebut.

Untuk rekod, Syed atau Syed Iqmal Syed Mohammad Shaiful Jamalullail, 28, dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosevelvet 28-7-2023 09:21 AM
YaAllah sampai thp nk cuci poen pun ko record demi content. Aku rs nurse yg duk tolak katil tu rimas ngn kapel terpaling ni
Quote KBW2 28-7-2023 09:33 AM
"Dia bersama saya sepanjang masa hatta urusan di bilik air sekalipun! Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah dan kasih sayangMu dunia akhirat,"

Perluke berdoa dalam socmed? Normal ke camni?
Quote KBW2 28-7-2023 09:35 AM
rosevelvet replied at 28-7-2023 09:21 AM
YaAllah sampai thp nk cuci poen pun ko record demi content. Aku rs nurse yg duk tolak katil tu rimas ...

Ni best kalo dapat nurse mulut capoi macam nyonya mansur. Baru ada akai.
Quote HoneyManjer 28-7-2023 09:40 AM
takziah kehilangan baby
semoga Allah gantikan yang terbaik...
jom sama2 muhasabah
Quote jambatannetizen 28-7-2023 09:40 AM
Perempuan ini mcm lurus bendol
Quote pembacagosip 28-7-2023 09:43 AM
rosevelvet replied at 28-7-2023 09:21 AM
YaAllah sampai thp nk cuci poen pun ko record demi content. Aku rs nurse yg duk tolak katil tu rimas ...

kan...nurse tu rasa nyampah kut
semua ko rakam rakam



Quote pembacagosip 28-7-2023 09:43 AM
KBW2 replied at 28-7-2023 09:33 AM
"Dia bersama saya sepanjang masa hatta urusan di bilik air sekalipun! Ya Allah kau ganjarilah suamik ...

x normal sis
ntah apa dorang ni eh
dah x ada sikit privacy ke
tpaling betul
Quote pembacagosip 28-7-2023 09:45 AM
si laki asyik ngn coat bagai
keje kat megah holding ke
Quote rosevelvet 28-7-2023 11:21 AM
pembacagosip replied at 28-7-2023 09:43 AM
kan...nurse tu rasa nyampah kut
semua ko rakam rakam

X memasal nurse kena thn napas nk nmpk kurus dlm bideo
Quote heythere123 28-7-2023 11:26 AM
kesian dekat sheols, tapi macam kurang kesian bila teringat apa jenayah yang si wukong dah buat
Quote jalfa 28-7-2023 11:32 AM
Aku rasa cam hmmmm.tapi takziah kpd isteri beliau keguguran.
Quote mizruncing 28-7-2023 11:43 AM
dah mmg tanggungjawab suami kot. dah dia yg buat ko pegnen. kesiann baru nk merasa ada laki. kasi can la couple trpaling ni.. masuk hosp pn gigih mekap
Quote dudaberhias 28-7-2023 11:43 AM
ya ampunnnn cuci buki pun nak rakam... dah la muka tua... silap2 buki pun dah macam kerang kering... berkedut2... si laki plak gigih duk berdandan kulu kilir walaupun rhoper tetap menyerupai beruk salji...

Quote dewi_rina 28-7-2023 11:58 AM
Lagi satu pasangan terpaling, menyebut-nyebut kalimah Allah di setiap post.. dan juga tak lupa ayat Wallahi
Quote dewi_rina 28-7-2023 12:01 PM
Halah halah lakinya pun dok pakai coat tu datang dari mana pastu asal mata i nampak dalam video tu dia tinggi? bukan dia ni spesis jantan katek ke gigih ye

Nasib la masuk hospital private, kena gov ni habis dimaki musang jadian ni 24 jam record kehulu kehilir..
Quote haznor 28-7-2023 12:03 PM
halahh ..halahhh ...terpaling chenta agung la ni ?
Quote Honey_Inara 28-7-2023 04:03 PM
Alaa biasa la tu laki tolong bab² ni..dah laki sendiri dan memang tanggungjawab dia pon.
Quote YPM_Addora 31-7-2023 09:31 AM
soalan, husband dia keje buat apa eh skrg
Quote galleria23 31-7-2023 10:20 AM
fake nya si daie ni. dalam video tu last sekali konon-konon kesat air mata lah.. fake sangat lah. geli pulak tengok.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.033905 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top