Pempengaruh dan usahawan sensasi yang juga anak pelakon veteran Normah Damanhuri, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memberi teguran kepada pengikutnya di media sosial yang terlalu menjaga soal pemakanan.
Menerusi video di platform TikTok, Kak KM meminta pengikutnya untuk menjalani pemakanan diet seimbang, dan mengelak dari menjadi terlalu tegas. “Kalau tak makan nasi, tak ambil gula satu sudu akan bagi kesan dekat muka kau jadi ‘haggard’ akan tarik muka kau. “Bila sekat semua benda, makan salad je hari-hari kau manusia bukan kambing. Bila makan sayur hari-hari, nanti muka nampak tak bermaya, macam tua. Mulut berbau.
“Tak ada tenaga, tak boleh berfikir dengan cara sihat… Faham tak apa yang saya cakap ni,” katanya lagi. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat peribadi Kak KM berhubung isu kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Sumber: Xtra
|
Nuyak replied at 28-7-2023 09:27 AM
hahaha...muka nak mampus tu x boleh tahan aku gelak...terhibur dengar video kak KM...aku anggap vide ...
scarflicious replied at 28-7-2023 10:42 AM
Makan makanan seimbang. Gula tu mak segala penyakit.
ADVERTISEMENT