CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mentua Iring Ke Majlis Hiburan Untuk Lindung Puteri Sarah Dari Fitnah Tak Hormat Tempoh Idah

28-7-2023 08:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5186| Komen: 50

Puteri Sarah Liyana yang berjalan beriringan dengan ibu bapa mentuanya ke karpet merah Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 baru-baru ini berkata, ia satu pengalaman indah dalam hidupnya.

Murai memetik laporan berita, pelakon itu sangat terharu apabila Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail masih memberikan perhatian penuh sekali gus terus setia menyokong dirinya dalam karier.


IG

“Ibu bapa mentua menghubungi saya dan kata mereka nak datang bersama ke majlis itu (ABPBH35) sebab nak sokong saya. Alhamdulillah, saya pun tidak keseorangan dan dapatlah juga kami berjalan sama melalui karpet merah dan ia sangat seronok.

“Satu pengalaman yang amat bermakna. Malah, kehadiran mereka ke majlis itu datang bersama dengan saya untuk menemani saya supaya tidak timbul fitnah,” katanya.

Sejak bercerai dengan Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu, Puteri Sarah sering ditohmah bahawa dia tidak menghormati tempoh idah cerai.


Katanya, dia memahami idah perceraian yang mana kalau cerai hidup, seseorang wanita itu masih boleh keluar dan bekerja dengan izin dan pengetahuan bekas suami dalam tempoh tiga kali suci itu.

Manakala, cerai mati pula harus berkabung selama empat bulan 10 hari di rumah.


IG

Terdahulu, Puteri Sarah ditemui media hadir pada majlis pelancaran dan sidang media penganjuran Anugerah Telenovela Ke- 9 di kompleks ternama di ibu kota baru-baru ini.

Ditanya juga sama ada masih menerima gangguan di media sosial, Puteri Sarah berkata, ia tidak berakhir lagi. Ujarnya, dia pun tidak tahu dari mana muncul individu-individu yang menggunakan akaun palsu itu.

“Mengenai terima pelbagai mesej gangguan yang dikirim di Instagram saya, masih ada dapat lagi. Saya pun tak tak tau ia daripada siapa, tapi biarkanlah.

“Saya pun sekarang dah tak peduli dengan semua itu. Saya dah ‘move on’ dan gembira dengan kehidupan saya ketika ini, dah syukur Alhamdulillah,” katanya.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aaz 28-7-2023 08:44 AM
apalah tak habis2 ngan tempoh edah. PS bukan edah laki mati.
Quote lanacondor 28-7-2023 08:54 AM
Dlm hidup ni bkn semua bnd kita perlu jawab. Kdg lebih baik abaikan je mulut2 org. Ps ni untung mentua dia kaya n syg betul kt dia. So nasib dia x la trok mcm janda2 lain.
Quote LembingDayanti 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?
Quote petpot 28-7-2023 09:50 AM
LembingDayanti replied at 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?

elok la mertua yg teman. lgpun mmg mertua dia pun dpt undangan. apa salah pergi sekali.

lgpun mmg belah lelaki yg akan bertanggungjawab lepas penceraian.
kalau bekas suami gagal bagi nafkah, mmg pihak lelaki yg kena bagi.

Quote jebatmaspunyer 28-7-2023 10:02 AM
LembingDayanti: sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?


mak orang yang ikut dia. mak mertua sampai bila2 tak berubah hubungan. apa salahnya? bukan semua orang suka publisiti. Ada mertua y sanggup jadi peneman elak fitnah tu dah bagus sangat.

Quote merah_arjuna 28-7-2023 10:31 AM
LembingDayanti replied at 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?

Mak dia ada je tapi bukan selebriti kan
Apa salahnya mentua tu sampai mati pun hubungan tak putus
Elok la mentua dia jaga dia
Quote scarflicious 28-7-2023 10:39 AM
LembingDayanti replied at 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?

Mak mertua dia tu setaraf mak sendiri. Elok lah walau bercerai mak mertua masih peduli. Mcm mcm sejenis melayu yg lain, bercerai hidup or mati menantu terus kena halau. Tu bukan islam.. Tu melayu.
Quote LadyWhistledown 28-7-2023 10:54 AM
LembingDayanti replied at 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?

mak orang? hahahaha. tu mak dia la. dah cerai ke apa, lps ko dah kawin dgn anak jantan mak orang, mak orang tu dah macam mak ko sendiri
Quote dua_chzy 28-7-2023 10:55 AM
Ya hampon baru perasan dah dekat nak sama muka Sarah dan Tinmah.
Quote Suchi 28-7-2023 10:59 AM
Seronok ada mertua baik tp tula suami plak tak layan dgn baik.
Iols tgk org yg baik ngn mertua aman2 je weh murah je rezeki dorang.
Nak menangi hati lelaki baik lah ngn wanita yg disayanginya iaitu mak dia, manakala mertua plak nak anak korang tak sisihkan korang berbaiklah dgn wanita yg anak ko cintai iaitu isterinya jd anak ko akan suka nk bawak balik bini dia pi umah ko sbb dia tau bini dia selesa ngn keluarga ko.
Quote OsHiN_hOnEy 28-7-2023 11:10 AM
tak sesuai nak ckp takut fitnah bagai
sebab dia ke jakarta bkn dgn mak bpk mertua dia
and boleh tak dia tukar her PA?
merengsa org kulu kilir gi mekah madinah
tapi ber PA kan si maknyah tu

maafin kalo ada fans sarah tak suka komen gini

Ikhtilat berasal dari Bahasa Arab ikhtalatha-yakhtalithu-ikhtilathan yang artinya bercampur atau berbaur. Menurut istilah, arti ikhtilat adalah bertemunya laki-laki dan perempuan (yang bukan mahramnya)
Quote sangbara2020 28-7-2023 11:36 AM
saje nak megeruhkan keadaan...
ira zakr sihat kettew?????????

mesti berbulu matanya
Quote haznor 28-7-2023 11:38 AM
Alhamdulillah. Happy for you PS
Quote marchikobonzo 28-7-2023 11:48 AM
Untung besar disayangi mertua..jaga toklam & tinpat tu elok2
Quote HoneyManjer 28-7-2023 12:31 PM
aku dulu makment pakment sayang tapi sayangnya ex laki macam ape jer
aku pun sayang makement aku...syok sembang dgn dia...byk cerita2 dari dia...
huhuhu rindu makment...harap leh baik balik hubungan dengan makment seperti dulu
rindunya dia
huuuu
Quote dudaberhias 28-7-2023 12:31 PM
amboiii kemahennn... jap lagi semua komen yang jahat2 tu mesti di cop birah ahahahahaha...

dah serhoper acik bipo tu dah... semua multinick dalam ni yang lawan dia di katakan hacker dan bekas kekasih dia...

entah2 si ps ni pun dah ada sakit bipolar... cuba la pergi diagnos...

semua komen orang random2 tu dia pergi cop birah... apooooooooooo..

Quote wannoorazlina 28-7-2023 12:38 PM
aku nunggu je ketibaan masa timmah & tok selam berubah hati sayangkan ira..
insyaallah, masa tu akan tiba jika Allah berkehendakkan begitu..
siapa la timmah & tok selam nak elak jika itu yg tertulis..
sebab tu jangan mencemuh melampau..
takut hujung2 jatuh sayang pulak
Quote Chah21 28-7-2023 01:15 PM
LembingDayanti replied at 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?

Mak dia bkn mcm mak u kot gila glamour.. klu mak u mesti jenis heboh 1 kg ank jd artis
Quote Manusiabesa 28-7-2023 01:16 PM
LembingDayanti replied at 28-7-2023 09:46 AM
sibuk ikut mak orang, mak sendiri dah meninggal ke dia ni? ke ada lagi?

Ada.parent dia ok hidup sihat wal afiyat. Inlaw dia yg offer nk ikut dia, bkn dia yg melebih2. Dato datin mmg baik hati. Rupa paras menantu pun xpilih.bini syapik xlawo pun depa syg. Apa2 ja dato datin ok yg pnting jaga akhlak, maruah, adab, dgr kata.bkn prngai anjing hitam mcm ik. Mmg xsekufu lgsg utk dduk dlm family dato datin. Setan iblis xlayak stay besama2 dato datin.thats it

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:14 PM GMT+8 , Processed in 0.084734 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top