CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amber Chia Cedera Di Kepala Selepas Terjatuh

27-7-2023 10:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3396| Komen: 18

Peragawati juga pelakon, Amber Chia, 41, mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh dari tangga kerana pitam dan menjalani rawatan lanjut di sebuah pusat perubatan swasta.

Amber berkongsi kejadian malang yang menimpanya di Instagram dengan memuat naik sekeping gambar menunjukkan dia terbaring di katil hospital dengan kepala berbalut.



"Saya mengalami kemalangan kecil, terjatuh dari tangga semasa pitam," tulisnya ringkas pada kapsyen foto tanpa memberitahu di mana insiden itu berlaku.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang bersimpati dan mendoakan agar Amber cepat sihat dan pulih. Rata-rata warga maya yang meninggalkan komen berharap Amber kuat dan terus bersemangat.

Sementara itu, menerusi Instagram Story, Amber berkongsi keadaan dirinya yang tetap ceria dengan ditemani rakan rapat yang membantunya dalam pengurusan diri.

"Saya okay. Jangan risau, semuanya baik-baik saja," tulisnya dalam kapsyen gambar di Instagram Story itu.


Difahamkan, akibat kemalangan dialami menyebabkan Amber perlu menjalani pembedahan kecil. Bagaimanapun, yang pasti Amber tidak mengalami kecederaan pada organ dalaman.


Untuk rekod, Amber mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Adrian Wong dan hasil perkahwinan itu mereka mempunyai seorang anak lelaki Ashton, kini berusia 13 tahun.

Amber berasal dari Perak tetapi dibesarkan di Tawau, Sabah, memulakan kerjayanya dalam bidang peragaan pada 2004. Seterusnya, menubuhkan perniagaannya sendiri pada 2009, menerusi syarikat Amber Creations.

Disusuli, setahun kemudian dia menubuhkan pula sekolah model dikenali Amber Chia Academy.


Sumber: Harian Metro, IG Amber Chia


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 27-7-2023 10:46 PM
Teruk jugak tu... sheolss jatuh sebab apa? Adakah masih kontrol makan?

Scary yach dah la jatuh dekat tangga... bayangkan kalau tangga tinggi?

semoga cepat sembuh dan takde apa2 sakit dan komplikasi lain...
Quote lattehazelnut 28-7-2023 08:49 AM
Get well soon amber
Harap2 xde la kne pukul ke apa
Quote lasagna 28-7-2023 09:16 AM
GWS amber.. waaa 13 taon dah ek umur anak dia!
Quote lanacondor 28-7-2023 10:31 AM
Gws amber. Jumpa dpn2 cantik dhla baik xsombong. Xde pon nk poyo. ckp bhs melayu lg. Betul2 ratu.
Quote KucingBiru 28-7-2023 10:35 AM
dudaberhias replied at 27-7-2023 10:46 PM
Teruk jugak tu... sheolss jatuh sebab apa? Adakah masih kontrol makan?

Scary yach dah la jatuh deka ...

Geng geng supermodel ni dah jadi habit dalam diri bab makan sikit. Dah tua pun sama, tak boleh tukar habit. Ada yang benci tengok makanan, only consume supplements/boost drink atas reason alergic itu ini.
Quote edayildiz 28-7-2023 10:40 AM
hrp betul kena pitam.i tbyg mcm drama gafuh dpn tngga..pstu tertolakk..
suka dia ni..bg i dia cntik
Quote anilanil 28-7-2023 10:45 AM
Kapla berbalut pon makcik ko lawa. GWS
Quote fizamn 28-7-2023 10:57 AM
muka cina lawa.. muka berbetuk mata besar..
Quote Aneem 28-7-2023 11:04 AM
Ingtkan baru lps surgery muka.
Lain maciamm
Quote CiliPadiSedap 28-7-2023 11:08 AM
kaka selalu confuse amber chia dengan michelle yeoh. sebab tengok filem jackie chan jetli

Quote selipar_hijau 28-7-2023 11:49 AM
semoga cepat sembuh
Quote becir 28-7-2023 11:54 AM
Aneem replied at 28-7-2023 11:04 AM
Ingtkan baru lps surgery muka.
Lain maciamm

hati keladak i pun nak speku gitu...cam kisah blair underwood je jatuh tangga then kena 'surgery' bagai...hmmm
Quote MissVixen 28-7-2023 11:55 AM
Pitam tak cukup makan la tu. Sama macam budak kelas aku. Kejap2 pengsan sampai orang dah tak ambil peduli.
Quote ciksom 28-7-2023 01:43 PM
CiliPadiSedap replied at 28-7-2023 11:08 AM
kaka selalu confuse amber chia dengan michelle yeoh. sebab tengok filem jackie chan jetli

Aku pula selalu bertukar amber chia dgn so win chi.
Quote heythere123 28-7-2023 09:27 PM
ciksom replied at 28-7-2023 01:43 PM
Aku pula selalu bertukar amber chia dgn so win chi.

soo wincci lagi fox eye rasanya tapi ye la ada iras
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:00 AM
cepat smbuh amber.. baru je nmpk post dia hrtu psl anjing dia mati
Quote liyamariska 30-7-2023 06:33 AM
antara model cina Malaysia yg lawa...
Quote Burong_Hantuk 30-7-2023 08:55 AM
x suka tgk mak dia tu asyik menyelit jer dlm program2 yg melibatkan amber

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.055736 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top