Sering dilaga-lagakan peminat masing-masing, terbaru, tular video TikTok mengenai luahan hati Ernie Zakri dan Aina Abdul saling memuji. Video yang dikongsikan salah seorang pengguna media sosial itu meraih perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas muncul beberapa konflik antara peminat mereka yang membanding-bandingkan kelebihan dalam menyanyi.
Pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu ke-34, Ernie mengakui rakan seperjuangannya Aina Abdul merupakan sumber inspirasinya dalam bidang nyanyian. Sementara itu, pemenang AJL ke-37, Aina pula meluahkan rasa teruja dan tidak sangka menjadi rakan baik kepada Ernie dan suaminya, Syamel.
Pelantun lagu popular Terus Hidup ini juga berharap Ernie akan terus melebarkan sayapnya dalam industri seni dengan karya-karyanya yang hebat. Melihat ruang komen, ramai mengecam pentaasub dua penyanyi ini yang toksik melaga-lagakan mereka. - CARI
|
ADVERTISEMENT