Azri Iskandar mendedahkan hubungannya bersama bekas isteri, Ellie Suriaty masih baik dan dia boleh menyifatkan hubungan itu lebih bagus berbanding ketika masih bergelar suami isteri. "Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau tak da duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah," katanya kepada Harian Metro.
Azri bagaimanapun menjelaskan belum berkesempatan membawa kekasihnya, Dr Azra berjumpa anak-anak kerana kekangan masa dan kesibukan kerja. Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun. Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
Sesuatu… replied at 27-7-2023 08:32 PM
Mmg tak malu ye canang benda aib tu
ADVERTISEMENT