CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mahkamah Putuskan Hantaran Chef Wan Tak Memfitnah Bekas Menantu

27-7-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2543| Komen: 14

Lapan hantaran Instagram dan Facebook dibuat cef selebriti, Datuk Chef Wan diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam tidak memfitnah bekas menantunya, Gavin Edward O’Luanaigh.

Pesuruhjaya Kehakiman Rozi Bainon berpuas hati, Gavin gagal membuktikan elemen fitnah dalam kelapan-lapan hantaran berkenaan yang menjadi subjek dalam tuntutan saman fitnah terhadap bekas bapa mentuanya.


Mahkamah berpendapat, semua hantaran tersebut bukan bersifat menghina (plaintif) yang juga bekas suami pelakon Serina Redzuawan atau fitnah seperti yang diinterpretasikannya.


IG

Hakim berkenaan memutuskan demikian ketika menolak tuntutan Gavin pada 11 Mei lalu. Mahkamah bagaimanapun membenarkan sebahagian relif tuntutan yang dipohon plaintif.

Gavin yang merupakan seorang warganegara British memeluk Islam pada 20 November 2006 dan menggunakan nama Salahudin Ghafffar. Beliau memiliki syarikat yang menjalankan perniagaan berasaskan sukan dan melaksanakan kempen pemasaran bola sepak.


Mahkamah turut memerintahkan Gavin memfailkan prosiding menghina mahkamah terhadap Chef Wan (defendan) di mahkamah berasingan kerana melanggar akujanji bertarikh 25 Jun 2020 yang dibuatnya di hadapan hakim berlainan.

Dalam penghakiman bertulis setebal 81 muka surat, Hakim Rozi turut berpendapat, Gavin berhak mendapat perintah injunksi menahan bekas bapa mentuanya atau sesiapa sahaja menerbitkan atau menyebabkan dakwaan palsu atau memfitnah diterbitkan.

Sementara itu, mahkamah turut mengarahkan Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail menurunkan kelapan-lapan hantaran berkenaan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh penghakiman.

Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili Chef Wan ketika dihubungi wakil media mengesahkan, anak guamnya telah menurun hantaran berkenaan daripada laman sosialnya.

Mahkamah turut memerintahkan Gavin membayar kos RM25,000 kepada Chef Wan.


BH Online

Dalam penghakiman bertulis bertarikh 21 Julai lalu yang diperolehi daripada sistem mahkamah, Hakim Rozi menerima pengakuan Chef Wan bahawa bukan semua `perkataan yang dipersoalkan itu merujuk kepada Gavin’ atau berniat jahat.

Pada hemat hakim berkenaan, Chef Wan berhak menggunakan pembelaan justifikasi, ulasan saksama, perlindungan mutlak dan perlindungan bersyarat.

“Mahkamah bersetuju dengan pihak defendan bahawa frasa atau ungkapan atau perkataan yang digunakan oleh defendan, tidak merujuk kepada plaintif.

“ Plaintif gagal memanggil saksi-saksi dalam kalangan pembaca yang biasa (reasonable sensible reader) untuk menyokong penegasan beliau berhubung ungkapan itu yang merujuk kepada Gavin atau nama Islamnya Salahudin Ghaffar,” ujar hakim berkenaan.

Pada awalnya, Gavin memfailkan satu tindakan sivil terhadap Chef Wan di mahkamah berlainan (saman No. 17) pada Mac 2020 yang merujuk sejumlah 18 hantaran di Instagram dan Facebook yang dibuat oleh chef selebriti itu.

Gavin memohon injunksi terhadap bekas bapa mentuanya bagi menghalang beliau mengeluarkan kenyataan memfitnah.

Pada 25 Jun 2020, Chef Wan memberi akujanji di mahkamah berkenaan untuk menurunkan semua hantaran yang dibuatnya dan tidak mengulangi pernyataan tersebut.

Gavin kemudian memfailkan tuntutan (saman No. 8) berkaitan lapan hantaran kerana kegagalan Chef Wan mematuhi akujanji dalam saman No. 17.

“Berdasarkan hantaran bagi saman No. 8, plaintif memplidkan bahawa defendan mengulangi dan masih menulis mengenai plaintif,” ujar hakim berkenaan.

Selain M. Reza, Chef Wan turut diwakili Azureen Ibrahim dan Farah Husna Shahril manakala Gavin diwakili Tan Soo Yew bersama-sama Nurkhidmah Huzaisham.


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OshinDaSolja 27-7-2023 05:05 PM
hmm lain mcm spek yg beliau pkai...
Quote Atata 27-7-2023 05:59 PM
hm sengit juga dorang punya kes ni. tapi gambar ex-menantu dia kat atas tu semmm la
Quote scarflicious 27-7-2023 06:23 PM
Dahlah tu oi. Org tu datuk kepada anak2 ko. Nanti business ko tak jalan, datuk ni juga yg ko hadap.
Quote Kampungpeoplesz 27-7-2023 06:33 PM
Dah macam sir elton john pulek pakai spek gitu nekwan oi terserlah kegayahanmu
Quote LadyCarefree 27-7-2023 09:11 PM
OshinDaSolja replied at 27-7-2023 04:05 PM
hmm lain mcm spek yg beliau pkai...

Dia baru beli spec tu. For fun katanya. Ok je pe.
Quote cm_vungtau 27-7-2023 09:28 PM
Hahaha spek tu saje nak kasi ex menantu panas kot. Hihi. Kekadang saman defamation ni buang masa pun ya jugak. Sebab rasanya ada aje Chef Wan perli, tapi tu la, susah nak buktikan.
Quote Orenn1 27-7-2023 09:29 PM
Nasib chef wan buat mulott celupar kat menantu berposting2 pun susah jugak nak buktikan kat mahkamah ye. Ujung2 si ex menantu yg hensem kena bayar kos guaman chef wan, sabo je
Quote Orenn1 27-7-2023 09:30 PM
Lps ni ko jgn meriak mcm ko betul sgt chefwan oii takut ada kes baru pulak, bukan selalu blh bernasib baik terlepas
Quote Purplehaz 27-7-2023 11:16 PM
Dah 2 ex menantu Saman cefwan ..almaklumlah bapa mertuaku jutawan lg hartawan kaya raye. Saman jelah untung sabut timbul.
Tp tulah nawaitu x betul mase nk smn dan tak pikir lawyer terbaik yg cefwan hire utk lwn
Quote sarah_ary2 27-7-2023 11:20 PM
Hensem Gavin tue pakai kot
Quote dudaberhias 27-7-2023 11:23 PM
Tersunyum gittuh Cef Wani...

Berani kau lawan independent women nok???

Quote anony-mous 28-7-2023 12:18 AM
Herloknya gavin sekali pandang mcm chris hemworth. Baca tajuk td ingatkan kes dgn shikin
Quote Dzahin_poch 28-7-2023 12:31 AM
Gavin ni islam lg ke?
Quote chiyoasuka 30-7-2023 03:14 AM
nak satu spek mcm chef wan. hahahaha cute plak

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.160091 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top