Tidak dapat menyebut kesemua nama individu yang menyokongnya, Nurul Shuhada Mat Shukri yang akhirnya sah bercerai dengan pelakon Hafidz Roshdi, percaya mereka semua adalah sumber kekuatannya.
Justeru, dia berterima kasih kepada semua pihak terutama rakan selebriti yang sentiasa memberi sokongan tidak terhingga kepadanya. "Kepada semua rakan-rakan, kawan artis yang sentiasa beri sokongan dan doakan saya, memang ramai sangat kalau nak sebut satu-satu. Saya sayang semua. Terima kasih banyak-banyak," katanya selepas proses lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pagi tadi. Dalam masa sama, Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu menzahirkan rasa terima kasihnya kepada pelakon sensasi, Puteri Sarah yang menjadi individu terawal memberi sokongan sehingga dia kembali bangkit. "Paling penting, kalau tiada kak Puteri Sarah, saya tidak berdiri di sini hari ini. Terima kasih sangat pada awak. "Saya doakan, akak dan saya bahagia bersama-sama. Insya-Allah akan hangout sama-sama nanti," ujarnya. - CARI |
laksmanabentan replied at 27-7-2023 04:25 PM
tiberrrrr nak petik nama orang lain ler pulak....
beg tu kalau tak selimpang tak boleh ker??
anony-mous replied at 27-7-2023 06:22 PM
Euw! Setahu iols, dari awal kes ni PS who r yus kan je si shu ni??? Except ada sekali je masa awal d ...
ADVERTISEMENT