Perbicaraan hari keempat kes amang seksual PU Azman semakin hangat apabila saksi mendakwa berlaku perbuatan liwat di antara personaliti itu dengan dua mangsa lelaki. Kenyataan tersebut dibuat saksi kesepuluh iaitu pendakwah bebas Firdaus Wong ketika memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan pada Khamis.
"Ada juga sebut 'main' belakang," katanya. Firdaus atau Firdaus Wong Hai Hung, 40, memberitahu mahkamah ketika menjawab pertanyaan Hakim Datin Surita Budin berkaitan istilah ‘main’ atau liwat ketika prosiding berlangsung. Pada perbicaraan itu, Firdaus memberitahu mangsa mengaku kepadanya bahawa Azman pernah meminta dia bersama seorang lagi mangsa meliwatnya dengan menggunakan perkataan ‘main’ sebagai gambaran perbuatan itu. Firdaus berkata dia mengetahui tentang perbuatan sumbang Azman selepas sesi pertemuan dengan dua mangsa yang berlangsung di Shah Alam pada Ogos tahun lalu.
Kata Firdaus mangsa pertama mengaku perbuatan itu selepas mangsa kedua memberitahu perkara sama. “Mangsa beritahu 'uncle (panggilan untuk Firdaus), saya pun ada?” katanya. Sepanjang prosiding yang berlangsung pada sebelah pagi, Firdaus kelihatan tenang menjawab setiap pertanyaan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya iaitu Husni Fairos Ramly dan Zahida Zakaria. Manakala tertuduh diwakili peguam Mohamad Zahid Ahmad, Fahmi Adilah dan Norman Mohd Nasir. Azman atau Azman Syah Alias, 43, berdepan pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kediaman di Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari tahun lalu. -CARI Sumber: mStar
|
airmineral replied at 27-7-2023 02:35 PM
xsanggup nak tau detail pasal kes dia ni
sgt meloyakan
mcmn la hakim lawyer sume tu hadap cerita det ...
CiliPadiSedap replied at 27-7-2023 02:53 PM
kena hadaplah. ni bukan kes bunuh or apa. jijik atau tak undang2 kena tegakkan. cm dulu ada kes ba ...
OshinDaSolja replied at 27-7-2023 03:05 PM
yg peliknya kenapa mangsa2 dengar ckp dia? kena ugut ke? bg penerajang dan lari la tnggu apa lg kt s ...
missHaidiD replied at 27-7-2023 03:46 PM
Hari2 baca cerita menjijik kan pasal jantan ni. Apa dia rasa bila smpai cmni jenayah yg dia buat te ...
taji2906 replied at 27-7-2023 03:53 PM
dia mungkin manipulated mangsa2 tu. dia kan ada nama, personaliti, pandai bercakap. mangsa2 cuma b ...
Moyangkucing replied at 27-7-2023 03:05 PM
Bukan nak bela PU yg jijik ni, tapi, keterangan berbentuk 'Hearsay' begini mahkamah terima sebagai b ...
Moyangkucing replied at 27-7-2023 03:05 PM
Bukan nak bela PU yg jijik ni, tapi, keterangan berbentuk 'Hearsay' begini mahkamah terima sebagai b ...
ADVERTISEMENT