Selepas sah bercerai bercerai talak satu, Hafidz Roshdi dan bekas isteri, Nurul Shuhada mempunyai pendirian masing-masing. Hafidz sedia berkawan dan meneruskan hubungan baik manakala Shuhada tak mahu.
“Saya akan meneruskan hubungan baik sebagai kawan dengan Shuhada,” kata Hafidz kepada Kosmo. Shuhada enggan berbuat demikian kerana sekadar menganggap aktor itu sebagai bapa kepada anak-anaknya. Katanya, dia bimbang akan ada pihak yang terasa hati jika dia masih berhubung bersama bekas suaminya. “Kalau kawan baik, mungkin tidak. Dia cuma bapa kepada anak-anak. “Kami boleh berhubung untuk anak-anak. Selain dari itu, nanti ada orang marah,” katanya. Sementara itu Shuhada sempat memberikan pesana kepada penyondol. "Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ketika ini, banyakkan bersabar.
"Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit. Tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah. "Saya anggap segala dugaan yang saya terima adalah ujian yang Allah bagi, supaya saya kuat dan jadi role model untuk anak-anak," katanya seperti dipetik di Oh Bulan. Shuhada juga tak akan sorokkan kisah penceraian dengan anak-anak. "Saya memang tidak sorok apa-apa dengan anak-anak, mereka tahu yang saya dan Hafidz akan bercerai. Umairah kalau cerita dengan orang lain pun perkara yang sama. "Saya kata tidak apa, Allah dah tetapkan sebegitu jalan ceritanya. Allah akan gantikan dengan lebih lagi kegembiraan yang hebat." -CARI Sumber: Kosmo/OhBulan |
ADVERTISEMENT