Selepas memuat naik beberapa foto di Instagram dengan menggayakan seluar jeans koyak, netizen membanjiri ruang komen dengan teguran buat Zizan Razak. Menerusi hantaran di Instagramnya, pelawak dan pelakon itu menggayakan hoodie berwarna biru bersama seluar jeans koyak ketika menjadi salah seorang juri di acara Festival Filem Antarabangsa Malaysia Ke-6, baru-baru ini. Bagaimanapun, segelintir netizen kurang senang dengan penampilannya itu. Bukan Zizan sahaja, malah Kamal Adli sebelum ini juga pernah menerima teguran serupa selepas menggayakan seluar jean koyak pada pelancaran koleksi raya rakannya, Fattah Amin sehingga digelar sebagai selekeh.
Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT