Hafidz Roshdi memberi bayangan konflik rumah tangganya bersama isteri iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan berakhir dengan baik pada Khamis. Hafidz, 29, ditemui di perkarangan Mahkamah Syariah Rendah Shah Alam kira-kira pukul 9.10 bagi menghadiri prosiding penceraiannya dengan Shuhada.
"InsyaAllah semuanya akan selesai dengan baik," katanya kepada mStar. Sementara itu, Shuhada,29, juga berharap kemelut rumah tangganya dapat diselesaikan dengan baik. Malah dirinya juga memaklumkan rasa bersemangat untuk memulakan perbicaraan hari ini. "InsyaAllah hari ini akan selesai. Doakan yang terbaik untuk saya. Saya rasa bersemangat hari ini. Tampil dengan jubah putih, Shuhada memberitahu tiada disimbolik namun ramai yang menyangka dirinya ingin pergi majlis akad nikah. "Tadi terjumpa orang ingat saya nak pergi nikah," luahnya. Pada 21 Mac lalu, Shuhada mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini. Katanya, Hafidz pernah melafazkan talak menerusi pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari lalu. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun. -CARI Sumber: mStar
|
Manusiabesa replied at 27-7-2023 11:57 AM
Hm klw rupa paras awal2 dh xselevel mmg cpt jemu.awal dulu org dh tegur pis.pis oi plih yg lawa juga ...
akuMNdia replied at 27-7-2023 12:27 PM
mamat ni mmg jenis tak pandang rupa paras kot.. yahudi pun kategori muka biasa2 gak (tak gamak nak ...
ADVERTISEMENT